Saturday, 17 December 2011

Tiada masa dan ruang untuk berego.

Sekarang ini sudah sampai waktunya. Sudah sampai waktunya untuk bergerak dan berkerja. Tiada masa untuk bermain-main dan berjenaka yang tidak bertempat. Tiada masa untuk melengahkan masa dan bermalas-malasan.

Satu dunia dalam keadaan sakit, dan kebanyakkannya daripada saudara kita sendiri. Mereka tidak sedar mereka itu sakit. Kita sahaja yang sedar. Kita sahaja yang menjadi doktor, yang ada ubat untuk menyembuhkan penyakitnya.

Satu dunia dalama keadaan ketandusan ilmu dan kedahagaan kasih sayang. Kita sahaja yang sedar. Kita sahaja yang mempunyai ilmu-ilmunya dan juga kasih sayang yang paling murni dan suci untuk kita kongsikan dan berikan kepdaa mereka yang miskin. Kita sahaja adalah gurunya malah mungkin lebih dari itu.

Makanya, hampir kesmua waktu yang kita ada, kita perlu gunakan untuk memikirkan cara, dan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai orang yang kaya dengan ilmu, kasih sayang, iman, dan lain-lain lagi. Tidakkah tanggungjaawb kita untuk memberi kepada yang memerlukannya. Melainkan lah kita juga memerlukannya, maka adalah tanggungjawab mereka yang kaya untuk memberi kepada kita. Tapi itu bukan soalnya sekarang ini.

Soalnya sekarang ini, kita tiada masa untuk berego. Kita dalam proses ingin menyampaikan apa yang ada pada kita kepada orang lain, dan kadangkala, malah selalunya, kita tidak boleh berkerja seorang diri. Justeru, adalah dititikberatkan untuk berkerja dalam berkumpulan, yakni jemaah. Malah Rasulullah s.a.w. sendiri pun juga berkerja secara berkumpulan, tak bukan?

Bukan dia seorang yang pergi madinah, sehingga orang yang memeluk agama islam di Madinah itu bertambah. Bukan baginda seorang yang pergi berperang berjulung-julung kalinya, tidak terkira, untuk menentang kuffar yang menolak Deen kita ini, iaitu pegangan La Ilah ha Illallah. Bukan baginda seorang yang bertungkus lumus menyebarkan pegangan itu di Mekah, dan selepas kewafatannya, bukan dia seorang yang menyebarkan pegangan itu kepada hampir seluruh dunia malah bukan pada waktu itu sahaja tetapi sehingga zaman sekarang dan insyaAllah zaman akan datang.

Jadi tidak ada masa untuk kau berego dan mengaku diri kau seorang sahaja yang berkerja, diri kau sahaja yang buat kerja walhal orang lain itu berkerja dengan cara mereka sendiri, mengikut kemampuan mereka dengan kepelbagaian ujian yang Allah timpakan ke atas setiap individu yang ada. Tiada masa kau nak berego mengaku kau seorang yang berkerja keras, kau seorang yang memikul tanggungjawab ini seorang diri.

Tahu tak pressure yang paling besar itu terletak pada seorang Nabi. Sebab Nabi itu lah merupakan pembawa risalah untuk ummatnya, dan sudah tentu dia akan berasa sedih kalau ummatnya tidak dapat menerima risalah itu. Apatah lagi kita, tak bukan?

Tiada masa lah untuk mengaku kau betul, dia salah, maka dia tak patut buat kerja itu kau seorang sahaja. Tiada masa nak mengaku bahawa dia tak layak, kau sahaja yang layak, kau mampu ke berkerja seorang diri? Tidakkah semua ini adalah untuk Allah s.w.t.

Tidakkah semua ini juga hasilnya datang daripada Allah azza wa jala. Kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Yang lain kita serahkan kepada Allah. Kalau usaha kita tidak berjaya, tidak bermakna kita sudah gagal. Kita harus tsabat dan istiqomah dan teruskan perjuangan yang sudah diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri dan juga para sahabat dan juga para tabiin dan tabii tabiin. Tidakkah amalan ini amalan yang mulia?

Maka apa yang kita harapkan hanyalah pada Allah, bukan harapkan pada manusia.

No comments:

Post a Comment