Waktu aku baru masuk universiti di borneo, aku ditempatkan dalam satu bilik dengan seorang abang lokal. Abang tu baik, family dia baik, terkenang aku kepada cerita-cerita orang waktu duduk di asrama di mana mereka berbaik dengan keluarga rakan-rakan mereka.
Tetapi cerita ini bukan tentang dia pun.
Aku nak cerita tentang dalam kolej kediaman itu, kiranya dalam satu rumah tu, ada beberapa bilik, dua bilik untuk senior, dan tiga bilik untuk junior yang setiap satu bilik dikongsi dengan dua junior. Kebetulan bilik aku ini bersebelahan dengan kedua-dua bilik senior.
Salah seorang daripada senior aku ini, dia jenis yang suka buka lagu kuat-kuat. Sebenanrya tak ada lah kuat sangat, tapi kira boleh dengar lah juga kalau dia buka lagu tu walaupun dah tutup pintu dan kalau aku berdiri depan pintu bilik dia. Mind you, aku bukan nak merungut. Justeru itu, lagu-lagu yang dia selalu putarkan, lagu-lagu nasyid.
Let me remind you, waktu ini aku masih lagi belum disentuh dengan tarbiyah, maka aku buat endah tak endah pun dengan lagu-lagu nasyid. Biaq pi dia lah nak dengaq lagu apa pun.
Dan menurut observasi dan penelitian aku terhadap abang senior itu, dia itu bagus lah sebenarnya, walaupun tak selalu tegur, dan tak adalah memberi perhatian sangat kepada kami adik-adik junior. Tapi dari segi akhlak, ok lah. Selalu join program-program, pergi masjid tu, aku rasa rajin lah kot (aku tak pasti sangat, waktu tu selalu duduk dalam bilik, katak bawah tempurung).
Mungkin waktu itu, dia nak membina bi'ah soleh(?). Mungkin dia nak adakan suasana yang baik dan kondusif dalam rumah (ala-ala apartment) itu. Mungkin tidak. Tak kisah.
Cuma tiba-tiba aku ceritakan benda ini, sebab aku tengah putarkan lagu-lagu nasyid dalam komputer riba aku pagi ini dengan tujuan nak menenangkan diri aku, nak mulakan pagi aku dengan mengingat Allah dan juga menyerap semangat-semangat yang boleh aku tarik dari lagu-lagu yang ada "ruh".
Dengan tidak semena-mena, aku teringat pada kejadian atas. Aku juga ingin mewujudkan suasana yang soleh lagi Islami. Tapi aku seorang diri, memang tak mampu. Suasana itu memerlukan kerjasama orang-orang di sekeliling juga. Namun kita mulakan dengan diri kita. Everything starts at the bottom.
Seperti cerita di atas, kalau abang itu seorang sahaja yang berusaha untuk mewujudkan suasana yang baik, ahli-ahli rumah yang lain tak buat apa-apa malah melakukan yang sebaliknya yakni mewujudkan suasana yang lagi tidak baik, maka tidak akan terjadi apa-apa lah. Yang ada hanyalah penat lelah. Ahli-ahli rumah yang lain pun tidak terasa apa-apa sangat, mungkin ada juga yang boleh merasakan sesuatu, tetapi kebarangkalian dia itu terlalu kecil.
Dan bagaimana kita nak mewujudkan suasana. Kita kena mewujudkannya secara berkumpulan bukan berseorangan. Dalam erti kata lain, secara berjemaah, bukan secara fardi.
Langkahnya, boleh sahaja abang itu berkenal-kenala dengan aku, mengambil masa dan tenaga dia untuk berta'aruf dengan aku, mengajak aku, dan mendidik aku membina individu muslim dalam diri aku ini. Tidak lama kemudian, aku boleh sertai dia dalam tujuan ingin mewujudkan suasana yang soleh. Secara tidak langsung, dia dan aku, kami bekerjasama secara jemaah(berkumpulan) untuk mencapai satu tujuan yang sama.
Dari situ, ahli-ahli rumah yang lain boleh nampak dengan lebih jelas. Kalau dibandingkan melihat pada seorang sahaja, mungkin tidak kelihatan sangat kebaikan suasana soleh itu. Tetapi kalau misalnya dari kita berdua, atau kita berjemaah, atau kita berkumpulan, orang awam akan melihatnya dengan lebih jelas lagi. Sebabnya orang-orang yang memancarkan akhlak sekarang sudah bertambah banyak, maka orang lain yang tidak merasakan bi'ah soleh sebelum ini yakni ahli-ahli rumah tadi, akan dapat merasakannya dan dapat mencontohinya.
Secara tidak langsung, lebih ramai akan turut serta. Lebih ramai yang turut serta, lebih ramai jadinya. Itu yang kita mahu. Namun, nilai sebenar-benarnya bukan terletak pada nombor, tetapi pada akhlak, pada kualiti.
Dan kualiti yang kita nak, kita peroleh daripada abang senior tadi yang mengajar saya, adiknya tentang keindahan suasana soleh. Tak bukan?
Maaflah benda ini secara ringkas dan macam tulis nak cepat habis jek. Kalau tak faham, insyaAllah kedepan nanti akan dikongsikan dengan lebih terperici.
No comments:
Post a Comment