Namun, masih ramai lagi yang tidak sedar, prioriti mereka itu semuanya tidak bermanfaat. Apa yang mereka berkejar-kejar nak capai, tidak membawa apa-apa faedah melainkan hanya di dunia sahaja. Adakah itu mencukupi bagi anda? Melakukan kerja, belajar sampai nyawa-nyawa ikan, namun hasilnya hanyalah di dunia sahaja? Adakah itu yang anda mahu? Adakah itu sudah mencukupi bagi kamu?
Bagaimana pula hasil untuk di akhirat nanti? Tidakkah kamu mahu menananm benih-benih pahala yang boleh kita tuai nanti pada waktu akhirat nanti? Tidakkah itu lebih baik bagi aku dan kamu?
Apa kena mengena dengan umur, dia bertanya. Umur. Dalam ertikata lain, tempoh. Dalam ertikata lain, waktu, masa dan seterusnya. Waktu yang diberi kepada kita.
Seperti pepatah mat salleh Time is money, bererti masa itu emas menunjukkan bahawa masa itu penting, tidak boleh disia-siakan sama sekali kerana masa yang telah ditinggalkan tidak dapat kembali kepada kita semula. Apa yang kita boleh ambil daripada masa yang telah lepas hanyalah penyesalan dan pengajaran.
Allah juga sudah menurunkan kalimah-kalimahNya yang menerangkan tentang masa:
Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.(103:1-3)
Ayat-ayat yang sangat straightforward bagi aku. Mungkin ada maksud-maksud tersirat yang lain tapi untuk entri ini, aku akan bahaskan secara jelas tentang apa yang tersurat sahaja.
Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kerana masa itu berlalu tanpa menunggu kita walhal kita ini yang selalu tidak memikirkan secara optimal dalam penggunaan masa. Sebab itulah dari dulu sehingga kini, benda yang selalu ditekankan oleh pakar-pakar motivasi apabila memberi ceramah kepada bakal-bakal pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar, adalah time management. Bukan sahaja pengurusan in the sense that masa itu dibahagikan mengikut jadual sahaja, bahkan dari segi penggunaan masa itu sebaiknya juga ditekankan.
Benda ini sudah lama Allah tekankan dari zaman Rasulullah dahulu. Benda ini bukanlah sesuatu yang baru, sudah lama lagi. Namun itulah, manusia dalam kerugian. Masih lagi tidak menggunakan masa dengan sebaiknya. Dan apa yang constitutes menggunakan masa sebaiknya?
Menggunakan masa sebaiknya adalah menggunakan masa dalam berdakwah, menggunakan masa kerana Allah, menggunakan masa dalam kebajikan dan seterusnya mengikut surah tersebut. Menasihati orang lain, mengingatkan orang lain, itulah penggunaan masa dengan sebaiknya.
Apa kena mengena dengan umur, dia tanya?
Umur adalah masa. Masa itu harus digunakan sebaiknya. Namun sudahkah kau menggunakan masa kau sebaiknya? Sudahkan kau menghabiskan masa kau untuk menanam benih-benih pahala tadi untuk dituai pada waktu akhirat nanti? Atau mungkin pada kau, yang lebih penting adalah menghabiskan segala tenaga dan masa dalam belajar sehinggakan menjadi seorang Genius, sampai kerja boleh jadi kaya raya, ramai perempuan terpikat, settle down, dapat anak, dapat cucu, lepas tu, masuk liang lahad. Habis cerita.
Apa telah kau buat untuk agama Allah? Nanti Dia yang tanya? Apakah kau telah melakukan apa-apa untuk membantu agama Allah selama umur, selama masa, sepanjang hayat yang telah Allah berikan kepada kau di muka bumi Allah?
Itu semua soalan nanti Dia yang tanya kau pula.
Ya, memang umur itu tidak menentukan bahawa seseorang itu hebat atau tidak, berilmu atau tidak. Lihat sahaja Rasulullah s.a.w. Dia menjadi seorang rasul, seorang nabi pada waktu umurnya 40 tahun. Kalau menurut kamu, kamu mampu ke, atau larat ke nak menanggung beban menyampaikan risalah menyebarkan Islam pada umur yang nak kata tua juga dah tu? Dengan komitmen lain lagi yang kau ada? Namun Rasulullah mampu, dan bukan dia sahaja, bahkan sahabat-sahabat yang lain yang terdiri dari pelbagai kategori umur.
Contoh orang yang muda pada waktu itu, antara cucu kesayangan Rasulullah, Usamah bin Zaid. Pada waktu belasan tahun sudah pergi berperang, tiada gentar, tiada ketakutan. Kemudian dalam peperangan menghadapi tentera Rom yang amat dahsyat dan besar, pemuda yang mengetuai dan memimpin tentera islam bukanlah dikalangan sahabat nabi yang tua-tua yang telah memeluk islam sejak era mekah, walhal yang menjadi ketua tentera tersebut adalah Usamah. Pada waktu itu, dia masih lagi remaja, belum lagi meningkat dewasa.
Maka, YA, umur itu tidak menentukan bahawa kau lemah ataupun kuat. Namun selama hayat kau itu, apakah kau telah melakukan sesuatu yang bermanfaat dengan umur kau itu? Walaupun kau muda, walaupun kau tua, dengan masa yang telah diberikan untuk kau setiap detik, haruslah untuk Allah.
Penat lelah kita bermain pada petang hari, menang perlawanan bola sepak, terbatuk-batuk dan termengantuk-mengantuk kita mengerjakan tugasan sampai tidak tidur semalaman, ikat perut sampai sakit perut kerana nak simpan duit untuk beli sesuatu barang kesukaan, itu lah apa yang kita kejar.
Cuba kalau petang bermain bola sepak kerana nak riadah untuk menyihatkan tubuh supaya jasad sentiasa bertenaga dalam menyuburkan gerak kerja dakwah. Cuba kalau kita terbatuk-batuk dan mengantuk kerjakan tugasan sampai tidak tidur semalaman sebab nak habiskan tugasan itu awal-awal supaya nanti boleh ada masa nak pergi Liqo', nak turut serta Daurah dan Jaulah. Cuba kalau sakit perut sampai gastrik simpan duit sebab nak infakkan duit itu untuk kegunaan tabung usrah.
Cubalah kalau kita menggunakan umur kita.... (isi tempat kosong).
Masa itu ibarat pedang yang tajam, jika kamu tidak memotongnya, kamu akan dipotongnya.
For all intense and purposes in this post, every word that indicates you is actually directed to myself. Unless you yourself would like to take any benefit, by all means, you are wlecome to do so.