Aku dah jarang nak tulis entri-entri baru. Mungkin kerana kebelakangan ini sangat-sangatlah busy, dan juga mungkin kebelakangan ini sangat-sangatlah terbongkar rahsia identiti aku dalam blog ini. *gelak ketawa
Makanya aku sekarang nak lay low sekejap, gara-gara memang sudah ketandusan idea dan inspirasi untuk menulis. Barangkali aku akan berhjrah ke membikin video-video log pula, apa macam?
Monday, 24 October 2011
Saturday, 22 October 2011
Berita Gembira.
Sepertimana aku ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat aku kalau ada berita gembira, seperti itulah juga aku ingin kongsikan berita gembira ini dengan sahabat-sahabat aku semuanya. Kerananya ini memang antara berita yang paling gembira. Yakni, berita tentang Deen kita. Tentang kebaikan dan manfaat dan ganjaran yang tidak terkira yang menanti kita.
Kalau ada beberapa tiket free menonton wayang, hasil dari cabutan bertuah ataupun sebagai satu hadiah daripada orang, sudah tentu kita akan langsung sahaja menelefon sahabat yang paling rapat dan memberitahu mereka tentang berita gembira itu serta mengajak mereka sekali untuk turut dengan kegembiraan.
Tidakkah zalim kita hanya simpan kegembiraan itu untuk diri kita sendiri? Tidak zalimkah kita hanya nak kegembiraan untuk diri kita sendiri dan bukan untuk sahabat-sahabat kita yang lain?
Sahabat-sahabat aku yang lain semuanya ada hak untuk tahu berita gembira ini dan sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menyampaikan berita gembira supaya semua orang boleh bergembira pada akhirnya. Memang zalim jikalau aku memilih orang, memang zalim jikalau aku menyimpannya untuk diri aku sendiri.
Makanya dengan itu, aku juga ingin memberitakan berita gembira ini kepada semua. Aku mohon, janganlah menafikan diri aku ini, janganlah menolak permintaan aku, dengarkanlah untuk sejenak waktu, luangkan masa sebentar untuk mencapai kegembiraan selama-lamanya. InsyaAllah.
"Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang mukmin bahwa sesungguhnya bagi mereka karunia besar dari Allah." (33:47)
Kalau ada beberapa tiket free menonton wayang, hasil dari cabutan bertuah ataupun sebagai satu hadiah daripada orang, sudah tentu kita akan langsung sahaja menelefon sahabat yang paling rapat dan memberitahu mereka tentang berita gembira itu serta mengajak mereka sekali untuk turut dengan kegembiraan.
Tidakkah zalim kita hanya simpan kegembiraan itu untuk diri kita sendiri? Tidak zalimkah kita hanya nak kegembiraan untuk diri kita sendiri dan bukan untuk sahabat-sahabat kita yang lain?
Sahabat-sahabat aku yang lain semuanya ada hak untuk tahu berita gembira ini dan sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menyampaikan berita gembira supaya semua orang boleh bergembira pada akhirnya. Memang zalim jikalau aku memilih orang, memang zalim jikalau aku menyimpannya untuk diri aku sendiri.
Makanya dengan itu, aku juga ingin memberitakan berita gembira ini kepada semua. Aku mohon, janganlah menafikan diri aku ini, janganlah menolak permintaan aku, dengarkanlah untuk sejenak waktu, luangkan masa sebentar untuk mencapai kegembiraan selama-lamanya. InsyaAllah.
Tuesday, 18 October 2011
Hasil dari kasih sayang.
Pada saat
ini memang aku tak tahu nak berayat macam mana sangat, tetapi yang mampu aku
ungkapkan dalam perkataan adalah bahawa pada waktu kita nak berpisah tempoh hari,
aku terasa amat sebak. Walaupun mungkin di mata kamu semua, tidak kelihatan
yang aku hampir ingin menangis bagai seorang gadis dara ditinggalkan boypren,
gara-gara aku rasa malu takut dilabel diva pula, namun hakikatnya memang pada
waktu kita bersalaman dan berjabat tangan dan berpeluk-pelukan dengan penuh
kasih sayang dan doa-doa untuk antara satu sama lain, aku terasa sangat-sangat
sedih. Seakan-akan dada aku menyempit dan udara yang terkandung dalam paru-paru
aku dengan tidak semena-mena keluar sekaligus membuatkan aku rasa seperti tidak
bisa bernafas dengan baik.
Walaupun
aku tak menunjukkannya, walaupun aku tak selalu ungkapkannya, aku amatlah
bersyukur kepada Allah dipertemukan dengan ikhwah-ikhwah yang sangat baik dan
sangat bersemangat dalam jalan yang memang amatlah baik ini. Waktu aku dapat
tahu bahawa kita ada program yang dapat kita bertemu, hati aku melompat-lompat
kegembiraan, dan perasaan rindu itu tiba-tiba timbul di dalam lubuk hati aku
ini. Aku tidak sedar bila dan bagaimana boleh muncul perasaan sebegini, tetapi
aku sudah mula faham apa rasanya ukhuwah, aku sudah mula faham apa rasanya
kasih sayang antara satu sama lain hanya kerana Allah.
Aku
bersyukur, kemanisan itu aku dapat rasai. Dan paling aku bersyukur juga, aku
rasa aku nak tetap di jalan ini. Aku nak cuba sedaya upaya dalam jalan ini. Aku
nak hidup di atas jalan ini. Mudah-mudahan. Allah sentiasa bersama kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)