Thursday 29 April 2010

Lone Ranger.

Aku suka orang yang boleh berseorangan, yang mampu mengharungi apa-apa sahaja berseorangan. Walaupun sebenarnya aku percaya semua orang sepatutnya tidak keseorangan.

Contohnya, dulu aku tak berani nak keluar jalan-jalan sorang-sorang. Selalu kena ada di sisi rakan-rakan aku. Itu munkin menunjukan yang aku ini seorang yang tidak boleh berdikari dan dependant, tetapi itu juga menunjukkan aku ini seorang yang suka berada di samping rakan-rakan. Apa-apa sahajalah.

Kini, aku dah berani kata yang aku boleh keluar seorang diri, malah aku dah banyak kali keluar seorang diri tengok wayang seorang diri.

Truth of the matter is, aku gembira berada dalam kedua-dua situasi tersebut. Aku gembira bila boleh luangkan masa bersama kawan dan tengok wayang dan lepak dan kutuk-kutuk orang namun aku gembira juga apabila dapat meluangkan masa untuk diri sendiri, recharge battery so to speak.

Dan aku suka tengok dan teliti orang yang boleh bersendirian, bukan orang yang terpaksa bersendirian. Sebabnya orang yang boleh bersendirian ni, aku percaya, orang seperti aku ini boleh gembirakan diri tanpa orang lain. Tak semestinya dia gelak sorang-sorang dia gila(walaupun memang nampak gila pun), tetapi itu tandanya dia boleh bergembira bersendirian. Tak semestinya nak bergembira kena ada pihak kedua dan ketiga.

Paling aku tak suka pula adalah orang yang tak boleh bersendirian kemudian dia akan menyibuk(sertai) sesuatu kumpulan itu sebab dia terpaksa, sebab dia tak nak nampak yang pada waktu itu dia tu keseorangan.

Come on lah, don't try to lie to other people and yourself, just admit it that you're lonely and be fucking proud of it. That just shows that you don't accept yourself for who you are, how are other people going to accept you if you yourself won't.

Sebab tu kalau aku nak pergi beli buku, aku pergi sorang-sorang sekarang. Sebab aku dan semua rakan-rakan aku tahu, kalau aku masuk kedai buku mahupun kedai DVD, aku akan mengambil masa yang lama untuk buat keputusan nak beli apa. Dan aku akan habiskan masa browse dulu buku-buku.

Anyways, aku nak buku baru, tapi malas lah nak pergi sorang-sorang. Tunggu je lah kawan ajak keluar. :)

4 comments:

  1. mr smart ass norm2 May 2010 at 14:42

    wow!!! what a nice think to text in huh...

    betul jugak kan,,,
    ko dengar aku nak berleter...

    aku dok umah untuk ujung minggu ni...
    mak bpak aku ajak g umah mak cik daa
    but i just think that weekend is only my time to rest after hore in my life in that week...
    aku pon tak nak laa pegi...
    dah kene marah, cakap aku sombong laa,,,
    tak mesra raakyat laa..
    tak campur masyarakat laaa
    makkkk,,, nak tgk tv sorang sorang laaa,,,
    hri hari jumpa orang yang beribu kerenah kat warung mintak itu, mintak ini,,
    takkan nak rest in peace just 2 days in a week, are not acceptable for them...
    mr smart ass!!!
    give me some advice please!!!!

    ReplyDelete
  2. norman, aku faham, aku pun macam tu gak. ahha meamgn malas teramat nak pergi majlis keramaian, lebih suka duduk rumah seorang diri dan tonton DVD lama, tapi entohla, aku tak ada advice, ikut je lah kata hati kau, cewaaah. ahaha

    afiqah, jom, aku on je. tapi kau lah beli, sebab sekarang dah tak ada cerita yang mengujakan aku oh.

    ReplyDelete
  3. hahaa..aq ske gak kuar sowang2..yg pasti x byk xbes duit..hehheee...tp yg paling aq x suke kuar ngan owg bawak kapel..naty aq nie ditinggal kan..bek x yah janji ngan diowg..buat darak aq nek jer..x larat nak derma darah da..hohohoo...tp bler aq kuar sowg2 ader yg gelak kan aq..cakap"camner ko kuar sowg2??tengok wayang sowg2??plik2.."dowg ckp cam tuh..geram pon ader..ske ati mak bapak tiri aq punye sedare punye kawan la nak kuar ngan sesaper pon..

    ReplyDelete