Thursday 29 April 2010

Aku mampu gelak dan senyum sahaja.

Aku tak nak cakap lah sangat pasal karma dan balasan semua tu, dah tak ada guna dah cakap panjang-panjang pasal benda tu.

Cuma apa yang aku nak cakap adalah, baguslah kalau dah sedar. Harap-harap dah sedar lah kan. Aku bukan nak kata aku pun tak ada salah silap, mungkin lebih banyak , tetapi aku dah sedar dan aku rasa aku dah banyak cuba kurangkan salah silap aku tu.

Dan apabila aku nampak yang kesedaran itu sudah menjelma, aku mampu tergelak dan senyum sahaja, itu pun secara rohaniah. Kalau tengok raut wajah aku sekarang ini, muka aku sungguh serius, tak gelak dan senyum pun sebenarnya.

Kalau lah aku jahat, dan kalau diikutkan hati yang sudah banyak tompok hitam ini, dah lama aku cakap IN YOUR FACE dan PADAN MUKA, tapi aku rasa tak baik lah kan sebab tak ada guna nya dah sekarang.

Yang penting, dan aku akan ulang ni sebanyak kali yang aku mampu, kesedaran itu dah tiba. Dah mengetuk di pintu hati dan minda.

No comments:

Post a Comment