Friday 20 February 2009

Respon yang sudah lama tergendala.

Kawan aku kata aku ini lain daripada aku yang dulu. Aku banyak berubah. Mungkin. Tetapi yang paling ketara adalah kelembapan aku ini.

Aku pun tidak tahu bagaimana dan kenapa aku kini memang lambat pickup. Memang blur. Selalu orang kena ulang balik apa yang mereka cakapkan supaya aku betul-betul pasti dengar.

Tetapi aku sekarang baru sedar yang aku ini memang seorang yang lembab. Terutamanya respon aku terhadap sesuatu insiden atau perkara.

Contohnya, sakit hati, yang paling obvious. Sebenarnya perkara-perkara yang membuatkan aku sakit hati ini memang sudah lama berlaku. Kalau diikutkan, memang sudah berkurun lamanya. Aku sahaja yang pendamkan, berdendam.

Kadang-kadang tu, satu hari baru aku teringat balik terhadap sesuatu insiden yang lepas, kemudiannya aku sakit hati yang teramat. Dan baru sekarang aku nak kecil hati dengan orang tersebut walaupun pada waktu kini, dia tidak bersalah.

Seperti apa yang aku cakapkan. Respon aku memang lambat.

Dan sekarang aku nak tunjukkan kepada kamu kenapa aku senyap, sombong, berlagak, antisosial dan lain-lain yang sewaktu dengannya, yang kamu semua anggap ada pada diri aku.


Ini adalah gambaran isi hati seseorang yang normal. Tompok-tompok hitam itu adalah simbol yang melambangkan sakit hati, kecil hati, patah hati, hati-hati dan apa-apa jenis hati yang ada.



Dan ini adalah gambaran hati aku.



That is why i cannot let anyone in. I cannot let anyone out. I don't want to meet new people. I don't want to let old people go.

p/s: Masih lagi dalam pembelajaran untuk mencantikkan lukisan grafik, whatever it's called. Aku tidaklah sehebat Pously Naie.

No comments:

Post a Comment