Tuesday 24 February 2009

Tajuk entri ini kat bawah.

There's a void in me that is not supposed to be there. Like a void filling a void. Nothingness, just filling a space in me that actually isn't there. Get it?

Tiba-tiba sahaja tergerak hati aku untuk melawat kawan aku. Lantaran aku pun lawatlah profil myspace beliau.

Aku macam tidak percaya sahaja. Entahlah, aku rasa macam tak nak terima hakikat. Tetapi kalau dah memang depan mata, nak buat macam mana kan? Kena lah terima, dah disogokkan dengan kebenaran.

Aku scroll ke bawah, lihat balik komen-komen terbaru beliau. Ada rakan-rakan lain masih lagi komen beliau bagaikan dia masih ada. Itu aku tidak boleh terima. Aku memang tidak suka lah, truth be told.

Mereka, bagi aku, macam menganggap dia masih ada. Mereka menghantar komen, bagaikan dia akan baca balik semua itu. Cara mereka itu menganggap bahawa dia akan balas balik. Itu aku tidak boleh terima.

Kalau diikutkan, aku pun nak anggap seperti dia masih ada di sini. Dan aku nak buat perkara macam biasa. Sepertimana dalam cerita sixth sense, budak kecik itu tahu yang hantu itu tidak akan datang kembali pada keesokan harinya, namun dia "pretend" yang hantu itu akan datang balik.

Aku faham yang mereka rindukan dia. Aku faham yang mereka tidak puas lagi, kerana terlalu cepat dia pergi. Apa mereka ingat aku tidak faham ke? Apa mereka fikir aku tidak berperasaan ke?

Kalau diikutkan juga, aku rasa, dia lebih lama dan lebih rapat dengan aku berbanding sesiapa. Kecuali keluarga dia lah. Namun, mungkin tahun lepas memang menjadi keruh sedikit lah. Entah tahun lepas, aku rasa, aku ini seperti seorang syaitan. Tidak melayan beliau. Asyik sakit hati. Mungkin aku menyesal dalam diam-diam kerana kali terkahir aku ber"instant-messaging" dengan beliau, aku memarahi beliau. Aku berkonfrontasi, dengan tidak semena-mena.

Aku rasa seperti aku menuduh dia, walaupun dia tidak bersalah. Itu mungkin aku menyesal, tetapi aku tidak mahu fikirkan sebegitu, aku harap-harap memang aku tidak berdosa terhadap dia. Aku memang berdoa.

Cuma aku agak rindu dengan dia.

Walaupun, contohnya, kalau dia masih lagi ada, aku rasa aku tidak akan rindu dia. Tetapi bila sudah dapat tahu, bahawa dia sudah pergi, baru rindu, bersalah, nak jumpa balik, semua emosi itu datang masuk ke dalam diri kita. Itulah manusia, kan?

Aku tidak tahu lah apa aku nak ceritakan di sini. Cuma apabila aku tengok balik komen di profil beliau, aku baca komen dari rakan-rakan dia, aku tidak puas hati dengan mereka. Mungkin mereka saja nak komen supaya profil itu tidak terbengkalai, tetapi entahlah, aku cuma tidak boleh terima konteks komen mereka itu.

Kalau setakat aku rindu kau, mungkin ya. Tetapi lebih daripada itu memang overdose lah.

Dan satu lagi, aku bukannya nak kutuk, maki, caci atau apa-apa yang sewaktu dengannya kepada sesiapa yang terasa. Cuma, semasa dia ada, aku perasan yang dia tidaklah selalu berhubung dengan beberapa rakan-rakan kami yang lain.

Dan apa yang aku tidak boleh terima, selepas ketiadaan dia, rakan-rakan yang, kononnya rapat, berkata seperti :

"Aku rindulah masa kita selalu lepak dengan dia."

Kepada semua pembaca-pembaca. Ayat di atas boleh dikategorikan sebagai hiperbola, iaitu, cakap nak meletup je.

Perkataan "selalu" itu yang aku tidak boleh terima. Kerana aku tidak percaya dia selalu lepak dengan orang berkenaan, walhal rumah dia berjauhan.

Tetapi, siapalah aku kan. Buat apa lah benda sebegitu pun aku tidak puas hati. Biarlah. Asalkan kita sama-sama rindu terhadap orang yang sama. Mutual feelings, eh.




Jom , sekarang ni aku in the mood nak tengok Greys dan menangis kejap. Tough kan aku ni.

2 comments: