Friday, 16 March 2012

Kau ada Naruto dan Anakin? Aku ada sahabat-sahabat.

Izinkan aku membuka bicara dengan suatu kisah sang penglipur lara.

Anda semua sudah tentu kenal dan arif dengan kisah si Anakin Skywalker. Sang kesatria yang membela para warga universe dari cengkaman ahli Sith Lord yang ingin mengkaburi bimasakti ini dengan fikiran bahawa kita harus tunduk pada kekejaman, kekeliruan, kesedihan, keamukan supaya kita bisa menjadi orang yang lebih kuat.

Tidak kah anda tahu?

Disebalik kisah pertarungan dan pertembungan antara sang pejuang Anakin Skywalker dan sekutu-sekutu Sith Lord yang telah menakluki fikiran dan mencemari tingkahlaku ahli-ahli senat sehingga mengakibatkan pengkhianatan terjadi terhadap kaum-kaum Jedi, pengkhianatan yang terang lagi benderang dilakukan oleh teman-teman seperjuangan  mereka sendiri iaitu pahlawan-pahlawan Stormtrooper yakni yang sudah dibasuh-minda untuk dijadikan patung-patung kepada kaum laknat Sith Lord.

Namun si kesatria-kesatria Jedi tetap berteguh menghadapi dan melawan balik kaum-kaum yang ingin mengubah alam semesta ini dan menjadikannya satu alat untuk mereka mencapai keuntungan mereka sendiri. Maka mereka bertarung sehingga ramai yang terkorban dan akhirnya tinggal beberapa sahaja yang hidup.

Nah, dalam cerita ini, Anakin Skywalker merupakan salah seorang perajurit yang terhormat dan dipandang tinggi kerana bakatnya dan skillnya dalam ilmu pertarungan, ilmu tentang The Force. Tetapi, anda tidak boleh kreditkan semua itu kepada dia, kerana itu bukannya atas usaha dia sendiri sahaja yang menjadikan dia itu seorang hero yang hebat. Sesungguhnya tidak, dia tidak bersendirian.

Apatah lagi kalau diceritakan tentang kisah Naruta Uzumaki yang menjadi bahan sebutan orang ramai di kalangan penduduk Konohagakure, Kirigakure, Kumagakure, Sunagakure, dan Iwagakure. Cita-citanya untuk menjadi seorang Kage di tempat asalnya tidak menghalang dia daripada mempelajari jutsu-jutsu yang penting dan menggemblengkan tenaganya bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk menumpaskan kaum-kaum yang amat memusuhi penduduk Konoha.

Naruto Uzumaki yang mengimpikan pada suatu waktu akan datang, untuk memegang teraju pemerintahan di Konoha sebagai jawatan Hokage. Namun dalam jalannya untuk menggapai impiannya itu, dia haruslah melalui liku-liku berduri dan halangan-halangan untuk sampai ke destinasi yang dirinduinya.

Walaupun dia mempunyai bantuan chakra daripada Sang Kyuubi di dalam tubuhnya, tidak bermakna hanya kerana itu sahaja yang menjadikan dia seorang yang hebat dan perajurit shinobi. Sesungguhnya tidak. Terdapat dalang-dalang di belakangnya yang membantu secara tidak langsung ataupun secara langsung dalam membentuk Naruto Uzumaki dalam menjadi seorang ninja yang terahli di kalangan ninja-ninja yang lain.

Jawapan kepada persoalan antara kisah Anakin Skywalker dan Naruto Uzumaki adalah tidak lain dan tidak bukan

jeng jeng jeng...

TARBIYYAH dan DAKWAH.

Tidak mungkin Anakin Skywalker dapat menjadi seorang Jedi knight yang hebat tanpa melalui proses tarbiyyah yang membentuknya menjadi seorang pahlawan yang gagah perkasa.

Tidak mungkin juga Naruto Uzumaki yang pada awalanya, pada waktu zaman kanak-kanaknya, dia dipulaukan dan tidak diendahkan, disisihkan dan hidup sebagai yatim piatu, akhirnya mengalami proses yang sama yakni tarbiyyah dengan membelajar jutsu-jutsu dan juga membentuk fikrah yang benar dan jelas sehingga dia bisa mempengaruhi teman-teman dia yang lain untuk sama-sama berjuang dan meyakini ideologi Will of the Fire.

Anakin Skywalker yang dididik oleh Master Qui Gon Jin, Master Obi Wan Kenobi dan juga Master Yoda, yakni menjadi murabbi-murabbinya yang saling bersama-sama menempuh dunia jahiliyyah di lapangan. Murabbi-murabbi yang menggunakan semua wasilah tarbiyah yang ada dalam membentuk se orang perajurit yang boleh mengubah dunia. Di samping itu pula, Naruto Uzumaki yang bersama-sama ahli geng 7yang lain iaitu Sakura Haruno dan Sasuke Uchiha dan juga dari geng-geng lain, dibawah pengawasan dan pengarahan sensei-sensei masing-masing, selaku murabbi mereka, mendidik mereka dan membentuk mereka menjadi antara pahlawan yang digeruni ramai yang siap berjuang dan mempertahankan apa yang mereka yakini.

Mereka mengalami dan melalui proses tarbiyyah di mana Sensai/ Master Jedi/ Murabbi mereka membentuk individu-individu yang hebat dan adil dan gagah perkasa. Di dalam proses tarbiyyah itu mereka menjalinkan hubungan sesama sendiri, saling mempercayai dan saling berkerjasama dan toleransi terhadap kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Si Anakin Skywalker yang dahulu adalah seorang padawan, belajar daripada Obi Wan Kenobi, kini menjadi Jedi Knight dan harus mencari apprenticenya yang tersendiri. Tatkala, dia sudah menunjukkan kualiti dan peningkatan dalam proses tarbiyyahnya, dia pula harus menuangkan ilmu-ilmu yang ada padanya, kepada anak murid yang baru. Maka dia pula bergerak setelah melalui daripada menjadi seorang anak didikan kepada seorang guru yang boleh mendidik, yakni anak muridnya Ahsoka Tano. Maka Ahsoka Tano pula akan menjadi mutarabbi kepada Anakin Skywalker dan inilah dia merupakan satu penyambung tali warisan mata rantai yang sudah lama bermula dan tidak akan berakhir sehinggakan kemenangan dicapai.

Hal yang sama terjadi dalam konteks Naruto Uzumaki. Dia diangkat menjadi mutarabbi kepada Iruka sensei dahulu, kemudian apabila sudah meningkat amalnya dan pemahamannya, dia diberi kepada murabbi baru yang boleh memberi pengawasan, pendidikan dan pengarahan pada peringkat lebih tinggi dari peringkat Genin yaitu Chuunin, yakni Kakashi sensei. Namun, dia tidak berseorangan dalam proses tarbiyyahnya, dia mempunyai teman-teman seperjuangan yang semuanya berganding bahu bersama-sama menjalankan proses menyebarkan fikrah mereka, yaitu fikrah seorang ninja.

Antara satu cita-cita Naruto Uzumaki adalah menjadi Hokage (khalifah) pada masa akan datang. Dia sendiri tahu, untuk mencapai cita-cita itu tidaklah dalam hanya semalaman sahaja. Dia tahu kenalah melalui proses tarbiyyah dan juga haruslah menjalankan dakwah, kerana tanpa kedua-dua itu, cita-citanya tidak akan dapat tercapai, dan orang tidak akan menerima dia sebagai Hokage kalau dia tidak membentuk dirinya sendiri dan terjun ke dalam masyarakat. Maka dia melalui dan meyakini bahawa maratib amal itu, haruslah dimulakan dengan Individu dahulu. Barulah dilanjutkan kepada keluarga, menjadi masyarakat dan masyarakat itu membentuk satu negara dan akan diperintah oleh seorang Hokage (khalifah).

Andai kata kita lebih percaya pada perjalanan yang tidak nyata, lebih menyukai dan meneliti kisah hidup perjalanan pahlawan-pahlawan yang memang tidak pernah wujud, apakah persepsi kita terhadap kisah-kisah tentang tokoh-tokoh yang benar lagi gagah lagi hidup dari mereka itu?

Sedangkan watak-watak dalam cerita dongeng ini semuanya juga menunjukkan bahawa proses tarbiyyah itu penting dalam membentuk individu-individu yang hebat. Apatah lagi bukti dari sejarah islam, bukti yang benar-benar telah berlaku, bukti yang nyata, bukti dari as sabiqun al awallun. Bukti dari kisah-kisah sahabat yang pada waktu dahulu, mereka juga menjalani proses tarbiyyah. Proses tarbiyyah mereka yang bermula di zaman mekah, pada waktu itu tidak dipandang baik oleh masyarakat mekah, malah dibalas dengan seksaan dan pemulauan.

Bukti bahawa satu generasi awal yang betul-betul menjalani proses tarbiyyah bersumberkan Al-quran dan Rasulullah, sehingga membentuk satu kelompok besar yang terdiri dari individu-individu gergasi yang kerana mereka semua, dunia ini telah berubah. Generasi Al-Quran yang unik yang menjadi pengaruh besar yang mengubah landskap dunia ini.

Andai kata kita lebih mengimpikan wujunya benar-benar insan-insan seperti Kakashi Hatake yang telah mempelajari sebanyak 100 lebih jutsu yang berlainan elemen, atau insan seperti Master Yoda yang walaupun dengan figurnya dan saiznya yang kecil,  namun dengan kebijaksanaannya itu tidak membuatkan dia seorang yang kurang dari pahlawan-pahlawan yang lain. Adakah kita menunggu-nunggukan datangnya, lahirnya tokoh-tokoh yang seperti itu?

Wallahi, tokoh-tokoh seperti itu sudah pernah berjalan dan berpijak di atas bumi ini malah mereka lebih hebat lagi dari kisah-kisah dongeng itu.

Kisah Umar Al-Khattab di mana syaitan-syaitan semua berlari bertempiaran apabila melihat beliau berjalan ke arah mereka kerana IMANnya yang terlalu lah sangatlah amatlah teguh. Berani kah anda membuatkan syaitan-syaitan takut apabila melihat kelibat anda? Mampu?

Kisah Abu Bakr yang menurut beberapa narasi, memiliki bentuk tubuh badan yang tidaklah tegap, tidaklah besar, tidaklah megah, tidaklah gagah. Namun, pernahkah kita dengar cerita di mana Abu Bakr As-Siddiq tidak pernah menyertai apa-apa peperangan yang telah Rasulullah ikut serta?

Itu hanyalah antara kisah-kisah sahabat yang telah meninggalkan tapak-tapak kesan dalam sejarah.

Rahsianya cukuplah senang namun untuk mencapat ke derajat itu memerlukan waktu dan kesabaran, yakni mereka sama-sama telah menjalani proses tarbiyyah pada waktu mekah yang membuatkan terlahirlah gergasi-gergasi tokoh Islam yang termasyhur dan lagi dicontohi.

Tidakkah kita bangga, dan bukan sampai di siti sahaja rasa izzah kita, tetapi haruslah kita terjemahkan perasaan bangga menjadi seorang muslim itu melalui amal.  Amal yang istiqomah dalam menjalani proses tarbiyyah. Supaya pada zaman sekarang ini, yang menjadi GIANT-GIANT pada dunia sekarang adalah UMAT ISLAM. 




No comments:

Post a Comment