Friday, 30 March 2012

Sama tapi berbeza

Antara dua ini, yang mana menjadi pilihan mu?

"Kau tahu tak berdosa tak tutup aurat, mendedahkan kau punya aurat, buat malu diri sahaja. Allah dah perintahkan dah kau menutup aurat, apsal kau tak buat lagi? Takkan dah terus  berada dalam dosa jek?"


"Kau tahu tak dalam islam ini dia sangat mementingkan kecantikan dan maruah seorang perempuan. Perempuan-perempuan semua tu ibarat permaisuri, dia harus menjaga maruah dia dengan menutup aurat supaya dipandang mulia orang lain. Bila lagi kita nak jaga diri kita dan dipandang mulia Allah?"

Dua-dua kenyataan di atas adalah sama, tak bukan? Maksudnya di sini, dua-dua kenyataan tadi, tujuanya sama, dan dua-dua benar, tidak mengandung apa-apa kesalahan, kan?

Namun, antara dua itu, yang mana satu rasanya efek dia akan lebih mendalam, misalnya mana satu antara dua itu akan dapat menyentuh hati mad'u?

Itu sendiri fikir lah.

Walaupun apa anda cakap itu benar, walaupun apa yang anda bawakan itu benar, walaupun sebenarnya kepada Allah yang anda serukan, tetapi kalau cara anda itu membawa dan membuatkan orang yang anda targetkan lebih menjauhkan diri anda, apakah berkesan cara dakwah anda?

Sepertimana anda ingin memberikan sebuah epal kepada seseorang. Satu situasi, anda baling terus epal tu kepada orang itu dan terkena kepala dia. Anda kata itu adalah untuk dia. Adakah dia akan menerimanya? Mungkin ya, kalau dia benar-benar lapar dan memerlukannya.

Kalau dibandingkan dengan anda memetik sebuah epal dari pokok lantas memotongnya kepada buah-buah kecil dan menghidangkannya dengan cicah asam garam di atas pinggan dengan susunan seperti bunga. Lalu anda memberikannya kepada orang yang sama tadi, adakah orang tadi akan menerimanya, walaupun dia tidak lapar? Kebarangkalian adalah ya. Sebab anda menghidangkannya dengan cara yang tepat dan baik dan menyejuk hati.

Do you get the drift?

Memang benar apa yang anda bawakan, apa yang anda serukan adalah sesuatu yang benar lagi Maha Besar. Memang apa yang anda perkatakan adalah benar, dan tiada cacat cela dalam apa yang anda tuturkan. Namun, jikalau cara anda bawakan itu tidak menepati citarasa orang yang anda targetkan, maka tidak sama sekali dapat menembus.

Maka, itulah dipanggil kena kreatif dalam mengajak rakan-rakan ke arah Allah. Dakwah tidaklah sempit dengan memerlukan guna satu cara sahaja. Kita bisa menggunakan kelebihan kita untuk kebaikan semua terutama dalam dakwah. Apakah ada perkara lebih baik daripada menggunakan kelebihan kita untuk mengajak kepada Allah?

Ayuh, marilah, sertailah, kami sentiasa menanti.

Perkara ini juga bisa diaplikasikan kepada situasi lain, bukan sahaja situasi di atas. Benda yang sama, tujuan yang sama, tetapi cara berbeza yang tidak menepati cita rasa mad'u atau orang yang ingin kita dekati, tak kira lah yang sudah ikut tarbiyyah mahupun yang masih dalam tarbiyyah. Semuanya sama.

Malah kalau kita ini seorang murabbi, perlulah kepada didikan mutarabbi-mutarabbi kita. Namun setiap mutarbbi berbeza dan di sinilah perlunya kepada kreatif dan kefahaman seorang murabbi kepada perangai dan karakteristik setiap mutarabbinya. Perlulah dia ta''aruf dengan lebih mendalam dan tahu bagaimana sifat anak-anak bawahnya dan dari situ baru lah dia bisa menerapkan nilai-nilai serta mendidik anak-anaknya.

Tambahan pula, perkara yang paling penting juga adalah kesabaran. Sabar dalam menghadapi ujian kecil mahupun besar. Hasil kadang-kadang tidak semalaman akan nampak dan kelihatan. Kadang-kadang ambil masa yang lama bru lah kita dapat lihat hsilnya. Benih yang ditanam, bukannya esok sudah menjadi pokok. Ambil masa bertahun-tahun malah berpuluh/beratus untuk menjadi satu pokok besar yang menututpi dan dapat meneduhi manusia-manusia dibawahnya.

Sabar.

No comments:

Post a Comment