Sunday, 23 November 2008

Macam manalah aku tak perasan?

Wow.

Just wow.

Terberak aku mendengar berita itu.

Makes me want to moonwalk too.

Syukurlah kan.

Tapi satu je masalah.

Dia itu dah sunat ke belum?

No wonder i like Mars Bar.

Lately there has been much speculation about colonization of Mars.

Some scientist says that it is possible and perhaps in the future, Mars will become the next Earth, only, perhaps better. Well that's what i hope anyways.

Frankly, i find that colonizing any planet is awesome since living on earth is getting boring. I think that it would be a new experience and i wish that i will become one of the important person to live there. I don't care even if i was the janitor, i still want to participate in experiencing a new adventure and becoming a part of a revolution.

Besides, i've been watching Stargate Atlantis and Star Wars for a f-ing long time.

And that is why, i want the first front row seats in the colonization of Mars.

It is fooking cool. I wish i paid more attention in physics. I hope i can get through tomorrow.

Saturday, 22 November 2008

Aku sedang jerit kuat-kuat dalam hati.

Aku tak kisah apa kamu orang nak cakap pasal aku. Apa-apa pun aku bahagia kerana aku gemarkan Joshua Radin. Aku suka dia, aku suka lagu dia dan paling penting sekali,

Aku suka muzik video dia yang baru dibuat oleh Zach Braff, iaitu pelakon feveret aku dalam cerita Scrubs. So, be a nice blog-reader and watch this video down here, okie dokie?

Seriously, i am so f-ing happy right now.




Now i feel like dying and go to heaven or hell, don't really matter.


Nota tambahan: Hazriq, sila layari ini untuk tahu lebih lanjut.

Tuesday, 18 November 2008

Sell your soul for rock and roll!

Saya baru sahaja selesai menonton season pertama siri televisyen lawak ini. Memang satu cerita yang kelakar dan original. Pandai mereka buat saya gelak kerana jarang bagi saya untuk bergelak-ketawa disebabkan suatu aksi yang dilakonkan dalam sesebuah filem/siri tv/drama.

Kamu patut tengok. Period.



Oh, dan sepanjang masa saya menduduki kertas Addmaths tadi saya tidak henti-henti bermantera dengan diri saya.

"Bunuh diri adalah dosa besar".

Ayat itu kamu darab dengan infinity.

Monday, 17 November 2008

In commemoration of my 200th.

Aku tahu kebelakangan ini entri aku banyak video, maklumlah aku ini seorang yang jakun dengan video. Apatah lagi dengan filem, memang aku gilakan mereka.

Jadi sempena entri ke 200 aku, kot, aku nak promosikan satu cerita yang mungkin satu "hit" bagi aku lah.

Aku teringat pada masa itu aku bosan jadi aku keluar ke Jaya Jusco dan pergi ziarah MPH untuk beli sebuah buku. Sedang aku syiok mencari buku aku terserempak dengan satu buku ini yang menarik perhatian aku. Namanya The Boy in striped Pyjamas. Aku baca rumusan buku itu dan dalam sekelip mata sahaja aku tertarik. Tetapi apabila aku menjenguk tanda harganya aku rasa nak termuntah. Seingat aku harganya tidaklah berapa mahal tetapi pada waktu itu aku ada cukup duit untuk beli buku lain. Akhirnya aku tiba rumah dilanda perasaan sedih dan ingin tahu.

Ada satu hari pula aku sedang berblogging. Ketika itu aku bosan lalu aku googlekan nama buku itu. Result dia keluar satu artikel yang mengatakan ada filem sedang dibuat berdasarkan buku itu. Jadi sekarang ini aku saja je nak promosikan filem ini kepada kamu kawan-kawanku yang ku sayangi supaya pergi tengok cerita ini bila dia keluar di pawagam.

Ini trailer dia.

On a lighter note, how can i concentrate on the most important exam in my life if the most important time of my life is about to happen after the exams are finished?

Entri yang sudah lama tergendala.


Kepada semua peminat-peminat Troy Bolton dan Gabriella Montez dan watak-watak lain di dalam High School Musical, saya di sini ingin memaklumkan kepada kamu semua bahawa saya sudah pergi tonton cerita terbarunya, dua kali.

Satu, kalau tidak silap saya, satu hari selepas dia keluar di pawagam dan kemudiannya pada keesokan hari tersebut. Saja je nak bangga dengan kamu semua kerana saya dapat tengok cerita itu awal daripada kamu, walaupun saya ini bukan peminat High School Musical.

Dan di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengatakan bahawa:

High School Musical is like Grease without sex.

Dan kepada kamu semua yang tidak tahu apa kebende itu Grease, itu tandanya kamu adalah SQUARE.

Dan kalau kamu tidak paham apa maksud square, itu ertinya kamu adalah L.A.M.E.

Itu je.

Sunday, 16 November 2008

Kelakarlah...

tengok kerenah dan gelagat manusia-manusia terutamanya yang disekeliling aku ini.

Memang kalau skrip dibuat berdasarkan hidup-hidup mereka, tentunya mendapat gelaran Box Office. Dan tentunya aku akan pergi ke panggung wayang untuk menontonnya, sekali lagi.

Lawak, lawak.

Boom de ya da!

I love the people
and their crazy antics
I love diseases
and also being sick
I love the whole world
and all it's pervertness
Boom De Ya Da!


Oooh, when i grow up, i want to work with discovery channel . Now that is the best career ever!

Saturday, 15 November 2008

Berkenaan gambar.





Sudah lama aku tidak memasukkan gambar baru di dalam akaun myspace aku. Aku sudah hilang nafsu dan keinginan untuk meletakkan gambar-gambar baru yang ditangkap ke dalam akaun myspace aku dan buatnya sebagai "default picture". Sudah malas dan muak.

Aku rasa aku sudah melepasi tahap di mana aku ingin meletakkan gambar di myspace hanya untuk berlagak/menunjuk/meraih komen-komen orang supaya aku dapat menyuap ego aku yang sudah besar ini.

Sekarang ini pun aku masih lagi malas untuk memuat turun gambar daripada kamera ke dalam komputer apatah lagi ke dalam myspace/facebook/frienster aku. Sebabnya aku rasa semua ini sudah tidak perlu lagi. Semua ini kita buat adalah untuk beri kekuatan lagi kepada ego kita itu. Kita menyuruh rakan-rakan dan orang yang tidak dikenali di myspace/facebook/friendster untuk komen gambar kita supaya kita puas hati bahawa jumlah komen kita meningkat dengan mendadak.

Tidak kisahlah dia tulis apa dalam komen itu.

"Shemart!Shemart!"

"Tomeilah awak. Tomei lagi titew."

Itu hanya sebahagian daripadanya. Apa yang kita utamakan adalah jumlah komen yang kita perolehi daripada meng-uploadkan gambar tersebut. Kita akan berasa teramat gembira apabila jumlah komen mencecah beratus-ratus komen dan pada setiap dua minit kita tidak akan henti-henti menjenguk gambar itu, kan?

Dulu aku memang begitu. Aku mengaku suatu ketika dahulu aku bangga gila komen aku berpuluh-puluh dan selalulah komen orang supaya orang akan membalas jasa baik aku ini. Tetapi sekarang ini aku sudah malas dah nak tegur orang, bukan kerana sombong atau apa, seperti yang aku nyatakan, aku sudah kehilangan nafsu dan semangat untuk berbual-bual dan tegur-menegur. Kandungan emosi di dalam badan aku kosong macam vakuum. Jadi aku sudah tidak peduli dengan komen gambar aku itu.

Sebelum aku berpendapatan sebegini, kadang-kadang itu aku terfikir lah jugak kan, adakah aku ini betul-betul tangkap gambar untuk simpan buat kenangan ataupun hanya kerana aku nak memasukkannya ke dalam myspace/facebook/friendster?

Sekarang aku sudah berubah dan sekarang aku tangkap gambar hanya untuk kenangan. Itu sahaja. Dan kalau aku terasa sesuatu gambar yang aku tangkap itu berbaloi dan cantik sangat, barulah aku akan memasukkannya ke dalam akaun myspace aku sebab aku nak berlagak kepada semua rakan-rakan myspace aku.

Perasaan dicemburui orang adalah sesuatu perasaan yang sedap dirasai tetapi kadangkala tidak bagus untuk tuan empunya badan.


#Sebagai rujukan tambahan silalah layari laman web ini.