Aku tahu kebelakangan ini entri aku banyak video, maklumlah aku ini seorang yang jakun dengan video. Apatah lagi dengan filem, memang aku gilakan mereka.
Jadi sempena entri ke 200 aku, kot, aku nak promosikan satu cerita yang mungkin satu "hit" bagi aku lah.
Aku teringat pada masa itu aku bosan jadi aku keluar ke Jaya Jusco dan pergi ziarah MPH untuk beli sebuah buku. Sedang aku syiok mencari buku aku terserempak dengan satu buku ini yang menarik perhatian aku. Namanya The Boy in striped Pyjamas. Aku baca rumusan buku itu dan dalam sekelip mata sahaja aku tertarik. Tetapi apabila aku menjenguk tanda harganya aku rasa nak termuntah. Seingat aku harganya tidaklah berapa mahal tetapi pada waktu itu aku ada cukup duit untuk beli buku lain. Akhirnya aku tiba rumah dilanda perasaan sedih dan ingin tahu.
Ada satu hari pula aku sedang berblogging. Ketika itu aku bosan lalu aku googlekan nama buku itu. Result dia keluar satu artikel yang mengatakan ada filem sedang dibuat berdasarkan buku itu. Jadi sekarang ini aku saja je nak promosikan filem ini kepada kamu kawan-kawanku yang ku sayangi supaya pergi tengok cerita ini bila dia keluar di pawagam.
Ini trailer dia.
On a lighter note, how can i concentrate on the most important exam in my life if the most important time of my life is about to happen after the exams are finished?
No comments:
Post a Comment