Awan: Wei, tadi apa dia cerita kat kau?
Kawan 1: Siapa? Yang ni ke(cuba membuat imitasi muka rakan lain)?
Awan: A'a, sampai menangis aku nampak.
Kawan 1: Alah, dia mintak maaf semua tuh. Dia menangis, lepas tu aku tengok dia nangis aku pun ternangis lah.
Awan: Kau tak mintak maaf kat dia?
Kawan 1: Alah isnin ni aku mintak maaf lah kat dia.
Kawan 2: Aku macam mana?
Kawan 1: Kan aku cakap kat kau isnin ni aku minta maaf kat kau juga kan!
Aku macam malas je nak pergi sekolah isnin ini walaupun sekolah lain sebenarnya mangambil cuti. Sekolah aku sahaja yang rajin sangat membuat hari persekolahan pada hari isnin ini.
Aku malas sebab hari isnin ini akan adakan majlis restu dan mohon maaf. Kalau memohon maaf serta meminta dihalalkan ilmu dengan guru, memang aku bersemangat. Tetapi aku pasti mesti ada majlis memohon maaf senyap-senyap dengan rakan-rakan juga kan, sudah alang-alang tuh. Itu yang aku malas.
Sebab aku rasa macam aku ini hipokrit apabila memohon maaf dengan kawan. Keesokan harinya aku akan tetap sakit hati dengan mereka dan aku akan tetap mengutuk mereka belakang-belakang. Jadi apa gunanya aku memohon maaf jika aku tidak ikhlas bukan? Lagipun, memohon maaf pada hari isnin ini bagaikan sesuatu yang diwajibkan. Sejak bila perbuatan memohon maaf itu diwajibkan? Apa aku tidak boleh ambil periksa jika aku tidak pergi minta maaf dengan rakan-rakan yang selalu menyakitkan hati aku?
Aku bukanlah nak bongkak ke atau apa, tetapi aku rasa aku ini baik orangnya. Tidak pernah lakukan apa-apa untuk sakitkan hati rakan-rakan aku. Cuma kutuk-kutuk itu adalah dan ejek-mengejek itu. Alah, mereka apa pun kurangnya, kan? Jadi aku rasa bagaikan aku tidak perlu memohon maaf kepada sesiapa pun cuma guru-guru dan ibu bapa aku sahaja.
Orang yang patut memohon maaf adalah rakan-rakan aku yang menyakitkan hati saya sampai aku mulakan blog ini. Ya, rahsia aku sudah terbongkar. Sebab aku mulakan blog ini adalah kerana aku ingin mengutuk dan mencaci rakan-rakan aku yang telah menyakitkan dan masih menyakitkan hati aku teruk-beruk. Tetapi aku sudah maafkan mereka, cuma tidak lupakan. Haish, berapa banyak kali aku nak ulang.
Tetapi memandangkan aku ini orang yang baik dan mempunyai empati yang kuat, aku rasa tidak patut kalau aku tidak memohon maaf kepada mereka. Aku rasa macam mereka akan terguris hati jika aku tidak memohon maaf kepada mereka. Untuk tidak menghilangkan kewarasan minda aku, aku akan datang ke sekolah pada hari isnin, buat muka sedih sambil menitiskan beberapa air mata dan memohon maaf seperti seorang hipokrit yang hatinya diperbuat daripada batu neon, argon, krypton, dan elemen-elemen yang berada di dalam kumpulan 18.
Haish malas yang teramatlah.
Dahlah hari selasa periksa. Hari ini pula keluarga aku akan ke Port Dickson untuk bercuti daripada stres. Aku rasa bertambah lagi stres ada, lah.
Apa-apa hal, aku mintak maaf dengan kamu semua yang pernah aku sakit hati dan yang pernah aku ejek. Harap-harap kau orang maafkan aku ini. Ini aku betul-betul ikhlas dari aku walaupun aku ini berhati batu elemen yang "inert Group 18", I still have some heart in me.
No comments:
Post a Comment