Saturday, 1 November 2008

Entri tidak berguna.

Ketika itu kami sedang gah berbual tentang apa yang akan kami jangkakan berlaku selepas tamat dari alam persekolahan. Ada yang bercita-cita tinggi, ada yang masih tidak tahu arah tujuan, ada yang tiada konfiden, ada yang terlebih konfiden. Kemudian salah seorang daripada kumpulan kami terus-terang meluahkan perasaannya

Kawan: Aku pasti lepas kita habis sekolah ni memang kita tak akan jumpa lagi.

Dari raut mukanya aku dapat rasakan yang dia memang yakin akan kenyataan dia itu.

Kawan: Memang kita susah nak jumpa lah. Aku sure punya.

Pada masa itu juga aku membencinya kerana menjadi seorang yang begitu pesimis. Kerana tidak percaya bahawa semua ini akan berterusan, persahabatan kita akan berkekalan. Percaya bahawa kita akan berpisah dan mungkin mengambil masa yang lama untuk berjumpa kembali.

Atau mungkin aku yang terlalu bersikap optimistik. Terlalu percaya bahawa jalan kita akan bertembung sekali lagi pada masa yang akan datang. Namun di suatu sudut dalam hatiku, aku percaya, aku tahu apa yang dia katakan itu memang benar. Tiada salah pun. Cuma aku terlalu degil untuk mengaku kesahihannya bulat-bulat.

Aku ingat akan kata-katanya. He was so sure of himself. Selepas semua orang mendengar pertuturan dia, keadaan menjadi senyap.

Sejak itu bermulanya aku merasakan yang hubungan yang aku jalinkan ini bagai sia-sia sahaja. Tiada gunanya kalau aku berkawan jika pada masa akan datang aku tidak akan bertemu lagi dengan rakan-rakan. Semua ini seperti tiada arah tujuan, tiada sebab untuk menjalinkan hubungan.

Sejak itulah juga, daripada seorang yang bersifat "Looking on the bright side", "Seeing the glass half-full", aku berubah sedikit demi sedikit menjadi seorang yang tidak percaya akan berlakunya perkara baik di dalam hidup. Mungkin itulah yang menyebabkan aku menjadi murung, mungkin tidak.

Sepanjang tahun aku cuba mencari idea-idea baru untuk mengelakkan kita daripada berpisah. Buah fikiran aku termasuklah menyimpan nombor telefon kawan-kawan aku, e-mail, dan alamat rumah. Tetapi aku rasa itu semua hanyalah sia-sia. Lama-kelamaan kita semua akan berhijrah daripada rumah ibu bapa kita ke dalam rumah kita sendiri. Satu hari nanti.

Akhirnya aku putus asa. Tiada harapan untuk aku buktikan kepada kawan aku itu bahawa tanggapan dia adalah salah. Nampaknya aku yang salah. Dia yang betul.

Pilihan terakhir aku, menyimpan segala gambar-gambar yang pernah aku tangkap buat kenangan. Itu sahaja bahagian daripada mereka yang aku boleh berpegang kepada. Kalau aku tidak boleh berjabat tangan, memeluk, berpegang dengan mereka secara fizikal, biarlah aku buat segala itu secara emosional. Demikian itu, kita tidak berpisah. Kita masih bersama.


Tak bukan?


If i can't be with you in the future
Let me be with you now
Let me spend time with you
Make every second count
Make every moment an eternity

Even if i can't stop time
I'll try to slow it
No matter how, i won't let go
All i have is the photograph of you
That is glued to my heart.

3 comments:

  1. lets hug.
    ahahah.

    keikhlasan,
    hazriq.

    ReplyDelete
  2. wannnn...
    kenapa orang nak sangat berpisah..
    tak boleh ke kita tak berpisah cuma kita sudah lama je tak berjumpa..bagi aku lama tak jumpa bukan maksudnya berpisah..kita masih ada harapan unutk mengatakan hai..aku tak suka berpisah..

    ReplyDelete
  3. hazriq, sure ke? saya tidak kisah. saya memang perlukan satu pelukanlah sekarang ini. ehe

    afiqah,
    itulah, at least kita ada myspace dan blog ini untuk cakap hai kalau dah lama tak jumpa kan? :D

    ReplyDelete