Friday, 31 October 2008

Tolonglah ampunkan kesalahanku.

Aku dari dulu lagi memang tak suka rasa sakit hati. Memang cukup benci terhadap perasaan itu. Lebih-lebih lagi apabila aku berasa sakit hati terhadap kawan aku sendiri. Aku rasa perkara sebegitu memang tidak patut ada dalam isi hati aku kerana kawan kita, adalah kawan kita. Tetapi kini aku sedar dalam setiap perhubungan, walaupun betapa dalamnya atau rapatnya ikatan itu, tetap akan ada pahit manis masam payau. Di bumi mana yang tidak ditimpa hujan, kan?

Okay, aku tahu aku punya peribahasa aku low, mampus sama kau.

Satu sebab aku tidak suka mengalami perasaan sakit hati ini adalah kerana fikiran aku akan menjadi tidak waras. Memang benar apa yang aku cakapkan ini. Fikiran aku akan melayang ke entah hidup mana di galaksi mana pun aku tidak tahu. Apa yang aku tahu, aku tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada sesuatu kerja, terutamanya pembelajaran.

Apatah lagi dengan kehadiran orang yang menyakitkan hati aku tersebut berada dalam lingkungan beberapa meter sahaja dengan jasad aku setiap masa.

Lantaran itu aku telah cuba sedaya upaya aku untuk melupakan dan memaafkan kesalahan yang dilakukan sepertimana aku memohon maaf atas kesalahan yang aku pernah lakukan. Malangnya, aku boleh maafkan tetapi tidak boleh melupakan. Itu masalahnya. Walaupun aku sudah memaafkan, perkara yang menyakitkan hati aku itu akan mendiami otak aku. Bagaikan mereka sudah membeli hartanah di sesuatu sudut di dalam minda aku ini. Mereka berada di situ buat "permanently".

Masalah lain yang timbul, aku akan bertambah benci terhadap orang itu. Seperti dalam cerita Star Wars, Master Yoda berkata bahawa Ketakutan membawa kepada Kemarahan, Kemarahan membawa kepada Kebencian, Kebencian membawa kepada Kematian, kalau tidak silap aku lah. Tetapi harap-harap perkara remeh-temeh sebegini tidak akan berakhir dengan kematian lah. Kawan kot.

Demikianlah dilema aku setiap hari. Selalu fikir pasal masalah sebegini sampai timbul kerut di dahi walaupun aku tidak mengerut pun dahi itu. Sampai kawan aku berkata:

Kawan: Wan, kau banyak fikir eh?
Awan: Emm, entahlah. Kenapa?
Kawan: Boleh nampak kerut kat dahi kau tuh.
Awan: Eh, ye ke? Aku tak kerut pun.
Kawan 2: A'a lah, boleh nampak.

Nampaknya selepas ini aku kenalah baut pembedahan plastik, eh chop. Pembedahan kitar semula sebab plastik itu memudaratkan alam sekitar. Aku minta doktor buat pembedahan pada muka aku untuk menukar wajah aku daripada muka berkerut, tua dan menipu kepada muka yang selalu senyum dan muda.

Dengan itu tidak susahlah untuk aku menipu kawan aku lagi. Senanglah untuk aku senyum sentiasa dan tidak menunjukkan muka menyampah dan benci aku. Aku maafkan kau, cuma aku tidak boleh melupakannya.

Nampak sangat aku tak boleh lupakannya sebab sekarang sudah penghujung tahun dah.

Kesimpulannya, aku berdendam eh?


#tambahan: entri ini diinspirasikan dengan satu teknik yang bernama Free-association writing. Cubalah!

5 comments:

  1. yeah but i hate my kerut. uurgh!

    ReplyDelete
  2. yeah but i hate my kerut. uurgh!

    ReplyDelete
  3. kau boleh memaafkan tetapi tidak boleh memaafkan..sipmly means you will not forgive..
    agagg..
    aku pun setuju..
    post ini sangat menarik

    ReplyDelete
  4. ahah eh aku memaafkan tapi tidak boleh lupakanlah. ada beza leee.

    ReplyDelete