Sudah lama aku tidak memasukkan gambar baru di dalam akaun myspace aku. Aku sudah hilang nafsu dan keinginan untuk meletakkan gambar-gambar baru yang ditangkap ke dalam akaun myspace aku dan buatnya sebagai "default picture". Sudah malas dan muak.
Aku rasa aku sudah melepasi tahap di mana aku ingin meletakkan gambar di myspace hanya untuk berlagak/menunjuk/meraih komen-komen orang supaya aku dapat menyuap ego aku yang sudah besar ini.
Sekarang ini pun aku masih lagi malas untuk memuat turun gambar daripada kamera ke dalam komputer apatah lagi ke dalam myspace/facebook/frienster aku. Sebabnya aku rasa semua ini sudah tidak perlu lagi. Semua ini kita buat adalah untuk beri kekuatan lagi kepada ego kita itu. Kita menyuruh rakan-rakan dan orang yang tidak dikenali di myspace/facebook/friendster untuk komen gambar kita supaya kita puas hati bahawa jumlah komen kita meningkat dengan mendadak.
Tidak kisahlah dia tulis apa dalam komen itu.
"Shemart!Shemart!"
"Tomeilah awak. Tomei lagi titew."
Itu hanya sebahagian daripadanya. Apa yang kita utamakan adalah jumlah komen yang kita perolehi daripada meng-uploadkan gambar tersebut. Kita akan berasa teramat gembira apabila jumlah komen mencecah beratus-ratus komen dan pada setiap dua minit kita tidak akan henti-henti menjenguk gambar itu, kan?
Dulu aku memang begitu. Aku mengaku suatu ketika dahulu aku bangga gila komen aku berpuluh-puluh dan selalulah komen orang supaya orang akan membalas jasa baik aku ini. Tetapi sekarang ini aku sudah malas dah nak tegur orang, bukan kerana sombong atau apa, seperti yang aku nyatakan, aku sudah kehilangan nafsu dan semangat untuk berbual-bual dan tegur-menegur. Kandungan emosi di dalam badan aku kosong macam vakuum. Jadi aku sudah tidak peduli dengan komen gambar aku itu.
Sebelum aku berpendapatan sebegini, kadang-kadang itu aku terfikir lah jugak kan, adakah aku ini betul-betul tangkap gambar untuk simpan buat kenangan ataupun hanya kerana aku nak memasukkannya ke dalam myspace/facebook/friendster?
Sekarang aku sudah berubah dan sekarang aku tangkap gambar hanya untuk kenangan. Itu sahaja. Dan kalau aku terasa sesuatu gambar yang aku tangkap itu berbaloi dan cantik sangat, barulah aku akan memasukkannya ke dalam akaun myspace aku sebab aku nak berlagak kepada semua rakan-rakan myspace aku.
Perasaan dicemburui orang adalah sesuatu perasaan yang sedap dirasai tetapi kadangkala tidak bagus untuk tuan empunya badan.
#Sebagai rujukan tambahan silalah layari laman web ini.
nafsu dah tak kuat.
ReplyDeleteahaha.
ahahaha yeah, kononya dah jadi alim. mauahaha
ReplyDeletetunjuk pusat
ReplyDeletetahulah hot.
ahaha
ahahaha pusat hiburan? ahahahahahaha
ReplyDelete