Friday 17 October 2008

Official.

Secara rasminya saya tidak tahu apa yang hendak saya tulis.

Nak kata saya masih sakit hati dan kecil hati pada rakan-rakan lain, semua itu sudah lepas dan sudah saya melupakannya.

Nak kata saya bosan dengan hidup, memang pun tetapi saya percaya hidup akan bertambah lagi bosan atau sebaliknya selepas SPM.

Nak kata saya mahu bunuh diri, betul, tetapi saya akan mendapat dosa besar dan saya tak nak dosa besar. Jadi katakan tidak kepada bunuh diri, tetapi ya kepada dadah, rokok, arak, seks rambang dan lain-lain.

Nak kata saya malas belajar, sudah 11 tahun saya belajar secara formal, dan bertahun-tahun saya belajar secara tidak formal. Jadi tiada apa yang akan menjadi halangan kepada saya daripada belajar kerana setiap hari kita belajar sama ada kita mahu ataupun tidak.

Nak kata saya rindu segalanya walaupun belum tepat pada masanya untuk rindu, memang pun. Saya ini kira lebih sensitif dari perempuan yang sensitif. Kalau dibandingkan dengan isteri yang sedang mengandung dan beremosional kerana hormonnya yang memang out of balance, saya lagi sensitif. Tetapi saya tak bangga pun sebab susah hidup kalau sensitif teramat, kan.

Nak kata susah nak senang dan senang nak susah, saya setuju. Saya percaya kamu semua pun setuju, kan. Kalau tak tuh, kamu bodoh rupanya.

Nak kata apa lagi, sudah tiada apa nak dan boleh dikata sekarang. Sekarang inilah masanya untuk bertindak, bukan berfikir dan berbual. This is the time to act not lounge around and still think there's time. Tetapi itulah masalahnya, saya bodoh kerana tak bertindak tetapi pandai kerana sedar sekarang masanya untuk bertindak. What does that make me?

Bodoh pandai lah.

2 comments:

  1. saya suka yang ini!

    ReplyDelete
  2. ahaha apa yang nak disuka nye? sekarang nie dah tak ada idea nak tulis oh. ahaha ;D

    ReplyDelete