Thursday, 28 July 2011

In a few days

Dalam tempoh beberapa hari insyaAllah, saya akan dapat pulang ke rumah, pulang ke tanah air, pulang.

Tetapi saya percaya, sebenarnya saya tidak akan pulang. Sebenarnya, pada hakikatnya, saya akan pergi berperang. Ya, berperang.

Di sini, di sini adalah tanah di mana aku belajar, menimba ilmu secukupnya. Pada waktu yang sama, perang ini sudah lama bermula, saya ini hanya baru sahaja dimasukkan ke dalam kem tentera dan didoktrinkan untuk melatih diri untuk berdepan dengan musuh. Walaupun ilmu tidak secukupnya, perang sudah lama bermula dan kita kekurangan.

Makanya, saya akan dihantar berperang terlalu awal. Tetapi tidak mengapa, saya bangga, saya lebih suka, saya rela diri. Saya memang mahu pergi berperang. Saya sudah menyediakan diri saya untuk berperang, dan hidup ini tidak akan aman selagi kita tidak menang perang ini. Walaupun nampak gayanya seperti kita ini tidak ada peperangan sekalipun, walaupun kita ini nampak gayanya seperti hidup aman damai, tetapi hakikatnya tidak. Jangan dibuai halusinasi yang memang menipu.

Dan musuhnya, musuhku, Dunya. Dunya yang memang penuh dengan tipu daya. Penuh dengan kelicikannya untuk menjatuhkan saya, kami. Jatuhkan kami ke dalam gaung yang susah untuk kami lepaskan diri.

Dan musuhku ini, tidak bergerak dengan sendirinya. Dia mempunyai konco-konco nya yang senantiasa cuba untuk melambatkan dan membuntukan kerja saya. Kadang-kadang, saya sendiri juga yang dengan tidak sedarnya, menjadi salah satu konconya.

Maka, saya pulang ini, adalah untuk berperang. berperang dengan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment