Friday, 22 July 2011

Tu haaaa.

Kita boleh lihat sebenarnya daripada tingkah laku orang dan perangai orang itu bahawa perwatakan dia sebenarnya macam mana. Walau macam mana pun dia cuba nak menutup aibnya, atau keburukannya, tidak mengapa, Allah Maha Mengetahui.  Allah melihat segala-galanya.

Aku tak nampak takpe, rakan-rakan tak nampak takpe, abang-abang kakak-kakak adik-adik tak nampak takpe, mak ayah tak nampak tak apa, tapi ni haa, dua malaikat yang selalu sebelah kita ni haa, yang mencatat segala amal pahala dosa kita, mereka nampak. Merekalah peneman kita waktu kita berseorangan. Dan bukan mereka sahaja. Allah pun.

Sebenarnya tak perlu pun catat amal kita semua ni. Kau rasa Allah tu tak tahu ke apa kita buat apa kita fikirkan apa kita niatkan? Allah itu adalah Tuhan sekalian alam, yang Maha Esa Maha Bijaksana. Dia tak perlu sebenarnya nak suruh malaikat Raqib dan Atib catat amalan kita, Dia dah tahu dah semua benda ilmu, resepi, taktik, teknik, sains dan sebagainya yang ada dalam dimensi ini, alam semesta ini, universe ini.

Tapi kenapa dia suruh jugak dua malaikat tadi catat amalan, untuk Dia baca, takut dia terlupa ke satu hari nanti? Sesungguhnya tidak.

Semua amalan kita ini, semuanya dicatat untuk kita, Kay, Eye, Ti, Ey. KITA. Gedik tak? Memang mood nak gedik sekejap. Sebab semua amalan yang dicatat tu haa, tu untuk kita sebab kita ni "Mudah Lupa", kita ni bukannya berilmu sangat pun. Semua catatan tentang amalan kita tu haa, tu lah yang menjadi bukti nanti waktu Akhirat nanti kot kot kita ni dituduh berbuat maksit, lepastu kita pun berani lah jawab:

"Apa buktinya?!"

Tu haaaa, apa yang dicatat Raqib Atib. Itulah buktinya. Bukannya Allah tak tahu, tapi kita sendiri tu yang tidak tahu, atau kadang-kadang buat-buat tak tahu.

Samalah juga bagi para-para Daie yang harus melengkapkan Mutaba'ah Amal mereka itu. Prinsip dia sebenarnya sama lah juga, pada pendapat aku lah kan.

Dalam satu hari itu, kita buat amal, contohnya solat berjemaah, kemudian kita tanda dalam senarai Mutabaah Amal tu. Lepas tu kita muhasabah diri semula apabila kita tengok dan periksa semula apa yang telah kita amalkan sebelumnya. Dari situ kita boleh lihat apa yang telah kita lakukan selama tempoh waktu itu. Cukup ke Mutabaah Amal kita itu? Ataupun masih ada lagi lubang-lubang yang kosong boleh buat tanam pokok?

Bezanya dengan apa yang dicatat dalam catatan amalan itu, Mutabaah Amal ini kita boleh perbaiki diri selagi kita mampu dan ada waktu dan peluang untuk perbaiki diri. Tapi kalau sudah waktunya untuk periksa balik catatan amal yang dicatat Raqib Atib, dah tak ada masa dah nak periksa balik, muhasabah diri dan cuba meningkatkan lagi semangat dan amalan kita. Dah tak ada masa dah. Masa tu lah kita dapat balasannya, tak bukan?

Maka, Mutabaah Amal ini adalah peluang, peluang untuk aku, kau dan kalian untuk meningkatkan semangat dan memantapkan Iman dan melatih diri dan mendekatkan diri dengan Allah melakukan amalan-amalan dengan niat kerana Allah. Mutabaah Amal ini jugalah yang merupakan salah satu proses tarbiyah. Jangan lupaaaaa.


Tu haaaa. Sedarlah sendiri, wahai sendiri.

No comments:

Post a Comment