Tetapi aku ini kadang-kadang muhasabah diri pada waktu yang memang pelik sekali. Tadi sewaktu aku tengah bersemangat gosok-gosok baju cuci baju dalam tandas, sambil berfikir tentang perasaan aku hari ini dan apa sebab akibatnya, aku teringat pada suatu peristiwa aku pagi tadi di kampus.
Namun, sebelum aku cerita apa yang terjadi pada diri aku di kampus pagi hari, aku rasa aku perlu ceritakan dahulu serba sedikit latar belakang cerita utama aku itu supaya senang lagi untuk mendalami apa yang aku lalui. Supaya ada "feeling sikit" bak kata orang.
Satu minggu ini merupakan satu minggu yang amat kelam kabut dan stressful bagi aku. Bermulanya dengan satu insiden di mana aku perlu pergi ke suatu program yang pada mulanya memang aku berniat nak pergi dan sertai tetapi atas sebab tidak mendapat sambutan dari orang lain, membuatkan aku tidak mahu ikut. Namun, aku dapat tahu bahawa aku diminta untuk pergi supaya meramaikan penyertaan dan juga untuk mewakili beberapa orang seperjuangan supaya tidak menunjukkan bahawa kami adalah angkatan yang tidak aktif atau tidak berkerjasama.
Atas sebab itu juga aku diminta untuk mencari orang, menarik orang untuk mencukupkan penyertaan. Maka aku kenalah mencari dan beg beberapa orang supaya ikut serta, sampaikan aku berasa bersalah dia ikut kerana pada waktu program itu berjalan, dia masam muka sahaja. Itu pun buatlah aku rasa down, rasa macam aku ini bersalah sahaja. tapi tidaklah down sangat kot, cuma sedikit je lah.
Keadaan di sekeliling aku pula memang menjadi semakin teregang gara-gara aku rasa stress dengan manusia lain. Faktor-faktor extrinsic berlanggar dengan faktor-faktor intrinsic membuatkan emosi aku tidak seimbang sehinggakan benda-benda kecil dan juga benda-benda yang sudah berlalu membuatkan aku rasa seperti in the mood nak marah orang sepanjang waktu.
Tambahan pula dengan power struggle yang sedang berjalan dengan yang seantero dengan aku dan yang diminta untuk menampilkan diri adalah aku juga walhal aku sudah memaklumkan bahawa aku tidak mahu dan tidak rela untuk memegang tanggungjawab yang semakin lama semakin bertambah. Aku tidak cukup tangan dah sebenarnya, ada dua sahaja.
Tak lupa juga yang aku dapat tahu sehari sebelum ujian remedial dijalankan, keputusan ujian aku tidak memberangsangkan, yang menambahkan lagi stress pada meter stress aku. Padahal menurut pendapat aku, senang ataupun, boleh tahan je soalan-soalan ujian yang lepas itu. Namun ternyata tidaklah sebegitu, sehinggakan aku terpaksa lah ambil ujian remedial supaya keputusan itu boleh diubah, insyaAllah.
Tapi sebenarnya tidak lah stress sangat, atau maksud aku aku rasanya tidaklah menunjukkan sangat bahawa aku ini dalam keadaan yang tertekan sangat. Aku kira, aku selalu sahaja senyum, menunjukkan muka yang tenang dan santai. Walaupun sebenarnya dari dahulu lagi, orang kata muka aku tak boleh menipu, tapi entah aku rasa aku relaks sahaja.
Maka, sampailah waktu aku menceritakan tentang insiden yang terjadi pada aku pagi tadi di kampus. Insiden ini terjadi pada waktu aku sedang menjalani slot praktikum fisiologi ( practical physiology?). Lab untuk hari ini adalah bertujuan untuk melihat (investigate) bahan-bahan apa yang boleh berpengaruh terhadap kontraksi (pergerakan) usus dalam badan kita. Usus yang diguna pakai berasal daripada kelinci (arnab) yang comel-comel belaka.
Pada waktu praktikum inilah aku didekati seorang senior perempuan, yang dengan tiba-tiba mengatakan sesuatu yang membuat aku terkesima sekejap. Aku ingatkan dia tengah bad mood sebab dah lama dah aku perasan masa waktu praktikum dia muka masam. Aku fikir dia datang dekat aku ingatkan nak lepak-lepak release tension macam biasa. Ternyata aku yang pulang dengan wajah dalam keadaan binung. Background story tentang senior perempuan; dia seorang pelajar senior, tetapi dia terpaksa ulang semester, maka dia ulang semester bersamaan dengan angkatan aku dan kebetulan dia dimasukkan ke dalam kelompok aku dan dengan mudahnya aku ini dapat berbaik dengan dia sepanjang semester ini. Dia ulang semester, aku tak pasti dan tidak berani nak tanya, faham-faham sendiri.
Jadi, apa yang dia katakan kepada aku, out of the blue, dengan tidak semena-mena adalah ini:
Seseorang itu padanya hati yang tidak tenang bisa tenang dengan hanya solat.
Aku terkejut. Tiba-tiba dia cakap macam itu kepada aku, aku kira mungkin dia tengah bad mood gara-gara aku lihat raut wajah dia yang masam muka sepanjang praktikum. Namun, aku pun tak tahu nak jawab apa, aku berkatalah "Ooooh". Kemudian aku jawab:
ada hadis yang cakap apabila dalam keadaan marah kita sebaiknya duduk, kemudian kalau masih marah, kita seharusnya baring, tapi kalau masih lagi marah, ambillah wudhu.
Aku pun tak tahu kenapa aku cakap hadis tu, tapi itu je yang aku mampu nak beri respons kepada apa yang dia katakan kepada aku. Tetapi cerita ini bukan tentang respons aku itu pun. Sebenarnya tidak. Aku ingatkan juga dia mungkin tengah mengalami beberapa kejadian yang tidak enak bagi dia, dan dia memerlukan venting out, maka dia cakap macam tu kat aku. Aku terkejut tapi aku bersyukur dan suka jugaklah sebab dia berfikiran macam tu.
Kemudian, pada waktu aku dah sampai kat rumah petang-petang ketika membasuh baju di dalam tandas baru aku perasan apa makna tersiratnya. Barangkali.
Perhaps it is some mysterious way or whatever, of Allah and other people, reminding me of Allah. Pada waktu aku tengah down, rasa macam tak best je duduk sini, waktu itulah tiba-tiba orang lakukan something profound yang aku tak faham serta-merta kenapa.
Makanya, tadi masa aku tengah gosok baju pakai berus, tersenyum aku bila fikir pasal insidens hari ini. Aku ingin berterima kasih lah kat kakak senior tu yang memang buat aku rasa kembali pulih sedikit dari bad week aku. Sometimes, we need other people to remind us what is important, somebody that won't let us get drifted away.
but truth be told, i am in somewhat of a rut, at a dead end. I feel like giving up and doing nothing mostly. I don't know why, actually i do, but i won't say it here. But come to think of it, i realize how i am just complaining.
No comments:
Post a Comment