Friday, 15 July 2011
Semua bermula dengan tarbiyyah.
Menurut video di atas, proses tarbiyah itu sangat penting. Kalau lihat sejarah perkembangan Islam sekali pun, memang kita boleh dapat simpulkan bahawa proses tarbiyah merupakan salah satu proses yang penting untuk membina ummah supaya dapat menubuhkan satu daulah di mana ada sistem khilafah yang mentadbir berdasarkan syariah Allah yang ada pada Al-quran dan Sunnah Nabi. Ini semua bertujuan adalah untuk menegakkan islam di muka bumi ini yang sudah lama dilupakan dan ditindas.
Hasil tarbiyah Rasulullah s.a.w. lah yang memunculkan tokoh-tokoh islam seperti Abu Bakar As-Siddiq, Mus'ab bin Umair, Zaid bin Harithah, Jaafar Abi Talib, Abdullah Rawwahah, Khalid Al-Walid, Umar Al-Khattab dan lain-lain lagi. Tokoh-tokoh seperti mereka inilah yang menjadi core group, yang betul-betul menjadi penegak agama Islam dan jikalau mereka dicampakkan di mana-mana pelusuk dunia, mereka tetap akan berdakwah.
Pada waktu wahyu pertama kali diturunkan dan disampaikan kepada Rasulullah oleh Malaikat Jibril, baginda terus menyampaikan (berdakwah) wahyu itu kepada empat orang yang mewakili golongan mereka masing-masing iaitu isteri Baginda sendiri Sayyidah Khadijah yang merupakan orang yang terawal dan wanita pertama yang memeluk agama Islam. Lagi tiga orang yang termasuk dalam orang-orang awal yang memeluk agama Islam adalah Zaid bin Harithah, iaitu orang suruhan Rasulullah sendiri yang kelak, baginda ambil dia menjadi anak angkatnya. Selain itu, Nabi menyeru juga kepada Ali bin Abi Talib, anak saudaranya yang pada waktu itu masih lagi kanak-kanak yang berada di bawah jagaan Rasulullah dan seterusnya, kawan paling rapat dengan baginda Abu Bakar As-Siddiq.
Nabi menyeru kat diaorang empat orang awal-awal ni bukan calang-calang orang pun. Dia bukan main menyeru diaorang macam tu je. Baginda pilih mereka ini kerana atas dasar mereka mempunyai perwatakan yang mencintai kebenaran dan kebaikan dan juga kerana mereka ini merupakan orang yang rapat dengan baginda. Tidak mustahil-lah kalau kita, yang memang ramai kawan, sudah tentulah ramai sahabat yang kita rasa rapat, kita tidak boleh menyeru kepada mereka, bukan?
Sudah tentulah kalau kita sayang orang-orang yang mempunyai talian hubungan dengan kita, walau nipis mana atau tebal mana pun ikatan itu, kita akan sedaya upaya untuk membantu dan mengajak dan menyeru mereka untuk ikut serta dengan apa yang kita lakukan kerana kita percaya apa kita lakukan ini adalah benar.
Lihat sahaja Abu Bakar As-Siddiq. Sejurus selepas dia memeluk agama Islam setelah didakwahkan oleh Rasulullah s.a.w., dia berjaya berdakwah dan mengajak sahabat-sahabat lain untuk berjumpa dengan Rasulullah lantas mengajak mereka masuk Islam dan percaya kepada yang Esa. Abu Bakar berjaya menarik Uthman bin Affan, Al-Zubair bin al-Awam al- Asadiyy, Abdul Rahman bin Auf al-Zuhri, Sa'd Ibn Abi Waqqas al-Zuhri, dan Talhah bin Abdullah al-Tayymi. Mereka ini lah antara sahabat-sahabt yang tidak lama kemudian menjadi antara tokoh-tokoh Islam yang termasyhur yang berjaya menyebarkan agama Islam hampir ke seluruh dunia setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.
Nak diceritakan di sini juga bahawa kalau nak bandingkan, misalnya Abu Bakar dengan Imam Shafiee, ilmu yang ada pada Abu Bakar ketika itu tidaklah setanding dengan ilmu yang ada pada Imam Shafiee contohnya tentang ilmu Fiqh dan hukum-hukum Islam dan sebagainya. Yang ada hanya apa yang disampaikan kepadanya oleh Rasulullah setelah baginda mendapat wahyu pertama dan kedua. Belum lagi turunnya ayat-ayat tentang syariah Islam pada ketika itu. Namun dia berjaya berdakwah dan menarik seramai lima orang untuk ikut dia berjumpa dengan Rasulullah.
Ternyata di sini, dakwah itu juga penting, walaupun proses tarbiyyah kita tidak cukup, atau ilmu yang ada pada kita tidak cukup. Tidak boleh menjadi alasan bahawa, kita tidak boleh berdakwah sebab ilmu tidak cukup, tidak mampu sedangkan pada waktu itu, Rasulullah hanya menyampaikan seruan ucapan dua kalimah Syahadah sahaja, belum lagi ada solat fardhu semua itu, dan Rasulullah mampu, Abu Bakar pun mampu menarik sahabat-sahabat yang lain.
Hatta, nak ditekankan di sini juga bahawa walaupun kita ini tidaklah sehebat mana, namun kita haruslah bergerak. Bergerak di sini bererti berdakwah, mengajak semua untuk kembali kepada Islam yang sebenar dan tinggalkan jahiliyyah. Di samping itu, proses tarbiyyah itu berjalan juga, tidak ditinggalkan. Proses tarbiyyah itu membantu dalam memantapkan diri kita supaya lebih bersedia untuk mengharungi ujian-ujian dan musibah yang akan muncul dalam gerak kerja dakwah kita.
Mereka ini tokoh-tokoh yang terkenal dulunya mendapat tarbiyyah oleh Rasulullah sendiri, mengikuti liqo' secara rahsia pada waktu di Mekah semuanya di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam. Di rumah Al-arqam inilah Rasulullah mentarbiyahkan golongan As Sabiqun Al-Awallun sehingga mereka menjadi mukmin-mukmin yang beriman teguh dan mantap sehinggakan apabila mereka menyatakan keislaman mereka kepada penduduk Mekah, mereka berjaya mengharungi penyeksaan dan boikot selama 10 tahun yang amat memedihkan. Mereka tidak kisah langsung kepada penyiksaan itu, kerana, iman mereka sudah kuat, mereka memegang kuat kepada Dua kalimah Syahadah iaitu "Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah".
Jadi apa lagi yang kita tunggu-tungguka? Proses tarbiyah ini penting, tidakkah kita tiada cita-cita ingin menjadi orang yang menegakkan Islam di muka bumi ini? Tidakkah kita tiada perasaan mahu menjadi seperti tokoh-tokoh As sabiqun al-Awallun itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan agama Allah, demi mengajak manusia kepada Haq, yang benar.Tidakkah kita mahu Islam ini berdiri dengan tersergam indahnya di mata dunia, bukan seperti zaman sekarang di mana ramai umat Islam ditindas. Semuanya bermula dengan tarbiyyah.
Apa lagi, jomlah usrah.
Rujukan:
1. Al-Raheeq Al-Makhtum, Syeikh Sofiyyur-Rahman al-Mubarakfuri, Penterjemah Al-Ustaz Mohd Darus Senawi, versi 1.0 (Nov 2010), Pustaka BUKUPUTIHKITA.
2. Ini Sejarah Kita, Thoriq Achmad, versi 1.0 (Dec 2010) Alumni of International Muslim Students (AIMS), Pustaka BUKUPUTIHKITA.
Labels:
Video-related
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamu'alaikum..
ReplyDeletewan, dah habis baca dua2 buah buku tu ke..? sekarang ni musim exam ye..??
All the BEST!! bit taufiq wan najah...~
waalaikumussalam.
ReplyDeletebelum lagi habis, yang ISK tu dah separuh lah jugak, cuma yang Al-raheeq memang banyak kan, tapi best lah baca. memang sampai meremang bulu roma. ahaha
A'a sekarang dah nak exam last-last. terima kasih. akak tak exam? balik ramadhan ni?
thanks juga untuk buku tu. memang menghargainya. :)