Entah tiba-tiba waktu selepas solat tadi, terilham aku untuk berniat nak ajak sahabat-sahabat bermalaman di masjid mana-mana waktu puasa nanti. Tiba-tiba rasa macam best pula kalau ajak kawan-kawan duduk kat masjid malam-malam waktu bulan ramadhan,lepas tu pagi-pagi qiamulail sama-sama dan sahur sama-sama.
Dari situlah terbentuknya ukhuwah yang betul-betul kerana Allah kan. Hmmmm.
Aku tak berapa reti sangat nak cerita pasal teknikal-teknikal tentang rukun-rukun puasa solat dan sebagainya. Bukan tak reti, cuma tak berapa minat. Aku lebih suka bercerita tentang perasaan dan emosi dan fikiran dan yang sewaktu dengannya.
Dan apa yang aku nak cerita kan disini adalah mengenai perasaan aku tentang bulan ramadhan yang penuh berkat ini.
Aku seorang yang memang individualistik, kot. Aku pun tak tahu lah sebenarnya personaliti aku ini macam mana sangat. Malas nak fikir. Tapi bagi aku, aku tahu aku yang jenis duduk dalam rumah, duduk dalam bilik. Sampaikan saudara-mara aku selalu panggil aku macam anak dara. Aku pun tak tahu lah macam mana boleh sampai jadi macam tu.
Aku jenis yang tidak bercakap banyak dengan keluarga, apatah lagi selalu duduk bersama mereka sewaktu di rumah. Tetapi yang istimewanya bulan ramadhan ini, it brings people together. Katakan, kita berpuasa, mestilah kena buka puasa, iftar. Dan bagi manusia, makan ini satu benda yang wajib, tak boleh tak ada dalam kehidupan seharian. Maka orang seperti aku ini yang memang lemah, mestilah tak sabar nak berbuka puasa, dan satu-satunya cara nak berbuka adalah makan masakan mak aku.
Memang tak ada masa lain lagi nak berbuka puasa kecuali pada waktu berbuka puasa. Tak boleh nak lari mana-mana, kalau selalunya apabila mak aku masak, aku tak makan bersama, kononnya "nak makan kejap lagi lah", tapi pada waktu berpuasa, tak boleh nak cakap "makan kejap lagi" ke apa. Memang waktu itu lah nak berbuka puasa. Maka nak tak nak, aku akan berbuka puasa, makan bersama keluarga. Ajaibnya, memang boleh rasa lah berkatnya berbuka puasa bersama keluarga. Perasaan ini tidak dapat aku rasai pada bulan-bulan lain kecuali bulan ramadhan sahaja.
Aku tak tahu nak ungkapkan perasaan itu macam mana tetapi memang sesuatu yang ajaib lah sehinggakan buat aku rasa rindu pada ramadhan dan tak sabar untuk ramadhan dan untuk berbuka puasa bersama keluarga, dan juga rakan-rakan. Memang Allah dah beri kelebihan pada bulan ramadhan itu satu bulan yang lebih best dari bulan lain.
Itu baru bersama keluarga. Kalau dengan rakan pun lagi best. Makan banyak-banyak, beramai-ramai. Memang itulah yang bagi kita kepuasan sebenarnya, bukan makanan yang kononnya mahal-nahal sangat. Tetapi masa yang diluangkan itu bersama siapa dan diluangkan untuk benda-benda bermanfaat. Itu baru berbuka puasa, kalau bersahut, tak payah cakap lah. Mesti ada wakil yang kena bangun awal lepas tu dia lah yang tukang kejutkan orang lain. Memori memori. hmmmm (sigh)
Entah tiba-tiba aku merapu pasal benda ini entahlah. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi yang aku tahu, aku ada banyak rencana untuk bulan ini, insyaAllah, aku berharap dapat aku laksanakan dengan niat yang betul. Harap-harap semua orang pun bergembira bulan ramadhan kembali bertemu kita. Sesuatu hadiah bagi kita sebenarnya.
No comments:
Post a Comment