Saturday, 19 June 2010

Just a reminder.

Aku dapat info daripada kawan:

"Setahu aku 61 ribu yang mohon, tapi 40 ribu sahaja dapat."

Kemudiannya ditambah,

"Tapi kita kena tahu, hampir separuh juta budak yang sama umur dengan kita, tapi itu sahaja yang ada hati nak sambung dan berjaya masuk U. Betapa rendahnya ia."

Kemudian aku balas

"Tak faham, maksudnya? Yang aku faham kita bernasib baik. Patut bersyukur. Alhamdulillah."

Sejurus itu, aku teringat pada kawan aku. Aku patut bersyukur bersungguh-sungguh. Dia langsung tidak berpeluang untuk menduduki SPM... bukan tidak berpeluang, tidak sempat.

Ah, aku kena kuatkan semangat. Bulatkan tekad. Simpan inspirasi yang konsisten. PER-SE-VERE.

No comments:

Post a Comment