I've been right all along.
Selama ini aku musykil tentang bagaimana dia boleh berubah dengan sebegitu cepat dan membesar dan mature dalam sekelip mata sahaja. Pada mulanya, keraguan aku membuatkan aku rasa bersalah. Nampak sangat aku cemburu akan kegembiraan dia. Memang aku cemburu, tetapi perasaan pelik itu tetap melekat pada diri aku, sepertimana secebis sayur melekat di celah-celah gigi. Memang menjengkelkan perasaannya.
Setelah aku membuat beberapa penyiasatan, memang tak salah lagi. Jawapannya sungguh obvious. Dia pun tidak cuba untuk sorokkan apa-apa evidens yang boleh tunjukkan siapa dia. He was being sloppy, and perhaps he was doing it on purpose. Aku tak kisah sangat pasal tu. Aku tidak akan menunjukkan belang sebenar dia kepada khalayak ramai. Nampak sangat aku batu api, dengki dengan apa yang dia ada sekarang. Aku bukanlah sebegitu.
Cuma yang aku tidak puas hati, kenapa nak jadi seseorang yang bukan diri kau. Kenapa nak cuba impress orang lain. Kenapa nak meraih minat, walhal minat itu tidaklah tulen. Baiklah, aku akan cuba untuk tidak masuk campur. Aku berasa lega bahawasanya aku adalah betul. Itu sudah cukup bagi aku. Tidak payah lagi nak fikir sangat pasal benda ini.
Sometimes, i do hate it when i am right.
No comments:
Post a Comment