Thursday, 17 June 2010

Tak reti lah.

Aku ni memang arif kalau bab jadi stalker dan jadi secret admirer. Aku memang pandai ikuti perkembangan seseorang itu walaupun dia tak kenal, atau pun sudah lupakan aku, kalau aku ada suka dia.

Tapi yang agak pelik dan membuatkan aku terpinga-pinga adalah apabila orang yang aku admire, dengan tiba-tiba nya tegur aku dan berbual-bual dengan aku.

Hati aku terhenti seketika. Otak aku terbeku sementara. Tangan aku tak bergerak sejenak.

Kemudian aku terus jadi bodoh. Dan disini maksud bodoh adalah bukan bodoh dari segi kurang ilmu, cuma bodoh dari segi kelakuan. I will either talk alot or either talk too little, because i am so nervous and happy at the same time that i act stupid.

Arakian(betul ke penggunaa perkataan ni?) aku tak reti nak jadi lebih daripada secret admirer, misalnya jadi seorang rakan kepada orang yang aku admire.

Dan di sini admire maksudnya, suka sahaja. Tak adalah cinta ke sayang sangat-sangat ke. Just a crush. Bodoh kan. Memang macam anak dara aku ni.

No comments:

Post a Comment