Sunday 27 June 2010

Macam budak-budak.

Tadi sewaktu aku berada di pasaraya, menunggu orang-orang tua membeli-belah barangan rumah, aku berada di seksyen jualan permainan. Aku pemandu rasmi kereta sorong. Maka aku pun lepak je lah kat tempat yang lenggang, malas nak lalu tempat ramai manusia lalu-lalang.

Sementara aku menunggu orang-orang tua selesai membeli-belah, aku pun browse sahaja tempat permainan itu, dan aku terjumpa mainan Toy Story. Buzz Lightyear. Memang macam best. Ada kepak, lampu dan suara semua. Memang lengkap. Tapi harganya pun memang lengkap lah. Kalau bundar kan Rm200 lah. Kalau lah aku dah bekerja, dan sara hidup sendiri, sudah tentu aku beli mainan itu. Tak kisah lah aku umur berapa ketika itu, benda-benda nostalgia tiada harga, tiada nilai.

1 comment: