Sunday, 27 June 2010

Sekarang ini musim ucap selamat.

Sudah tiba waktu, seperti setiap tahun berlaku, musim untuk kita semua sambut, iaitu musim ucap selamat. Selamat tinggal, selamat berjaya, selamat belajar, selamat hidup, selamat memandu, selamat terbang, selamat-selamat.

Tapi, seperti setiap tahun juga, aku, dengan naturally-nya, rasa macam tak perlu sahaja. Rasa macam benda ini semua biasa. Anggap benda ini semua biasa. Kita masih dekat, kita masih berpijak di atas bumi. Kita masih di alam yang sama.

Apa kata buat benda baru lah pula. Kali ini tidak perlu cakap jumpa lagi, tidak perlu berlakon macam kita akan rindu semua orang. Apa kata kali ini, kita biarkan sahaja. Let things be the way it is supposed to be. See how it goes. Go with the flow. Sebabnya, aku dah penat lah asyik lawan arus. Penat sangat. Banyak menggunakan resources.

Dan apa yang aku perasan pada waktu kini adalah, semua orang macam nak buat dramatic exit je. Macam nak tunjuk:

"Okay, aku dah nak pergi dah ni, maka aku akan rindu sangat-sangat saat dulu-dulu. Aku nak pergi jauh, tempat baru, persekitaran ganjil. Aku rasa takut, tapi aku akan menempuhnya dengan berani dan terpaksa. Okay, aku dah nak pergi ni. Jangan lupa aku eh. I want to go out with a bang! A bang that is worth remembering."

Ala-ala sebegitu lah. Aku pun dah macam malas nak layan. Relaks lah. InsyaAllah, kalau umur kau panjang, rezeki banyak, kau akan dapat hidup lagi. Bukannya kau nak bertolak ke alam berzakh ke apa kan. So come on. Take a chill pill, please.

Buat aku rasa resah lah juga. Aku bukannya seorang yang suka merunsing sangat. Tapi kalau dah sekeliling aku, semua orang panik, mana taknya buat aku rasa nak paniklah juga.

Let's just have a blast, and make a big bang with what we get.

No comments:

Post a Comment