Baiklah, aku mulakan dengan kebenaran dahulu lah ye. Sebenarnya, aku tak tahu aku nak buat apa pun. Aku tiada apa-apa perasaan pun terhadap apa yang kau cuba lakukan. Aku tak tahu nak bagi reaksi jenis apa, sebab itu aku senyap sahaja, tidak endah sahaja, tidak layan kau langsung. Buat masa ini, itu sahaja yang aku mampu, dan itu sahaja yang aku rasa sesuai dengan keadaan. Aku tahu apa aku buat itu kejam, baik pedih awal-awal daripada pecah selepas sudah sekian lama membina satu hubungan.
I lack the enthusiasm of entertaining you and being nice to you.
Lagipun, aku hairan juga. Apa yang kau nak daripada aku? Kau kata kau rindu aku, kau rindu dulu-dulu semua, aku cuma tak faham lah. Apa yang kau nak? Kau pun dah tahu yang sekarang ni kita semua dah berubah, ataupun kau je yang tidak berubah. Tak kisahlah. Tetapi kau faham kan yang kita dah tidak seperti dahulukala, dan kita takkan kembali seperti dahulukala. Tidak mungkin sama sekali, sebab nanti memang akan janggal, dan kalau tak janggal sekalipun, aku tetap akan ingat apa yang dah terjadi, kau tetap akan ingat apa yang dah terjadi, dan perasaan dahulukala akan membuak-buak dalam hati.
Aku tengok kau pun sudah gembira dengan hidup kau sekarang ni kan. Tak ada apa-apa masalah sangat kan. Cengkerama senantiasa. Maka kau tak rasa ke kalau kita rapat semula, masalah sahaja yang akan timbul. Kau tak rasa ke aku ni sebenarnya pembawa masalah, pembawa malang. Seorang perosak dan pemusnah. Aku tidak sihat untuk berada dalam hidup kau. Kau pun sekarang dah boleh hidup tanpa aku kan, takkan susah kot kalau aku dah bersikap sunyi sepi terhadap kau.
Aku harap kau faham, aku sebenarnya tidak benci kau, kau tidak ada buat apa-apa salah pun terhadap aku. Cuma aku tidak boleh lah nak berbaik semula dengan kau. Tempat untuk bergembira dengan kau dah tiada lagi ruang dalam tampungan emosi aku lagi. Kau dah tak wujud lagi dalam hati aku. Aku dah lupakan segalanya. Minta maaf kalau aku agak kasar kat sini, tapi itu hakikatnya. Aku dah sampai tahap di mana aku rasa cara terbaik untuk kita hidup sihat adalah dengan menjauhi daripada sesama sendiri.
Aku minta maaf sangat-sangat aku ada banyak buat salah kat kau. Harap-harap kau maafkan salah silap aku dan tindak tanduk aku yang terlanjur. Aku pun sudah lama maafkan kau. Aku sudah tidak kisah dah pun.
At this point i can only forgive, but not forget. It's not that easy.
Tapi kalau difikirkan semula, aku boleh je berbaik semula dengan seorang lagi rakan aku yang pernah buat pedih kat aku. Aku tak ada apa-apa alasan atau sebab untuk itu.
The heart wants what the hearts wants.
Tak boleh lawan kata hati. Kini aku hanya boleh doakan kejayaan kau dan kebaikan untuk kau.
I wish you well, and i expect and hope you wish the same for me.
Tengoklah, kalau kau masih lagi, dan entah tiba-tiba aku pulih, mungkin kita boleh anyam balik ikatan ini. Tapi aku tidak mahu menaruh apa-apa harapan. Kau pun tidak perlu.
Minta maaf.
No comments:
Post a Comment