Kalau aku gembira, sudah tentulah aku senyum kan. Tapi kalau aku rasa sedih pun aku senyum, rasa marah pun senyum, rasa palat pun senyum.
Terutamanya tadi bila aku baca balik kisah palat yang berlaku beberapa zaman sebelum ini, buat aku rasa palat, tapi aku tersenyum dan tersengih sahaja.
Tapi entahlah, aku rasa nak baca balik banyak kali. Aku tak boleh lawan kehendak bodoh aku ini nak rasa sesuatu perasaan daripada tak rasa apa-apa.
Dan kini, akibatnya, aku rasa palat sangat. Tapi aku tiada apa-apa perasaan dendam kesumat malah benci terhadap mana-mana pihak. Tak sengaja aku buka balik buku dan baca balik cerita dulu.
No comments:
Post a Comment