Dalam tempoh beberapa hari insyaAllah, saya akan dapat pulang ke rumah, pulang ke tanah air, pulang.
Tetapi saya percaya, sebenarnya saya tidak akan pulang. Sebenarnya, pada hakikatnya, saya akan pergi berperang. Ya, berperang.
Di sini, di sini adalah tanah di mana aku belajar, menimba ilmu secukupnya. Pada waktu yang sama, perang ini sudah lama bermula, saya ini hanya baru sahaja dimasukkan ke dalam kem tentera dan didoktrinkan untuk melatih diri untuk berdepan dengan musuh. Walaupun ilmu tidak secukupnya, perang sudah lama bermula dan kita kekurangan.
Makanya, saya akan dihantar berperang terlalu awal. Tetapi tidak mengapa, saya bangga, saya lebih suka, saya rela diri. Saya memang mahu pergi berperang. Saya sudah menyediakan diri saya untuk berperang, dan hidup ini tidak akan aman selagi kita tidak menang perang ini. Walaupun nampak gayanya seperti kita ini tidak ada peperangan sekalipun, walaupun kita ini nampak gayanya seperti hidup aman damai, tetapi hakikatnya tidak. Jangan dibuai halusinasi yang memang menipu.
Dan musuhnya, musuhku, Dunya. Dunya yang memang penuh dengan tipu daya. Penuh dengan kelicikannya untuk menjatuhkan saya, kami. Jatuhkan kami ke dalam gaung yang susah untuk kami lepaskan diri.
Dan musuhku ini, tidak bergerak dengan sendirinya. Dia mempunyai konco-konco nya yang senantiasa cuba untuk melambatkan dan membuntukan kerja saya. Kadang-kadang, saya sendiri juga yang dengan tidak sedarnya, menjadi salah satu konconya.
Maka, saya pulang ini, adalah untuk berperang. berperang dengan diri sendiri.
Thursday, 28 July 2011
Friday, 22 July 2011
Tu haaaa.
Kita boleh lihat sebenarnya daripada tingkah laku orang dan perangai orang itu bahawa perwatakan dia sebenarnya macam mana. Walau macam mana pun dia cuba nak menutup aibnya, atau keburukannya, tidak mengapa, Allah Maha Mengetahui. Allah melihat segala-galanya.
Aku tak nampak takpe, rakan-rakan tak nampak takpe, abang-abang kakak-kakak adik-adik tak nampak takpe, mak ayah tak nampak tak apa, tapi ni haa, dua malaikat yang selalu sebelah kita ni haa, yang mencatat segala amal pahala dosa kita, mereka nampak. Merekalah peneman kita waktu kita berseorangan. Dan bukan mereka sahaja. Allah pun.
Sebenarnya tak perlu pun catat amal kita semua ni. Kau rasa Allah tu tak tahu ke apa kita buat apa kita fikirkan apa kita niatkan? Allah itu adalah Tuhan sekalian alam, yang Maha Esa Maha Bijaksana. Dia tak perlu sebenarnya nak suruh malaikat Raqib dan Atib catat amalan kita, Dia dah tahu dah semua benda ilmu, resepi, taktik, teknik, sains dan sebagainya yang ada dalam dimensi ini, alam semesta ini, universe ini.
Tapi kenapa dia suruh jugak dua malaikat tadi catat amalan, untuk Dia baca, takut dia terlupa ke satu hari nanti? Sesungguhnya tidak.
Semua amalan kita ini, semuanya dicatat untuk kita, Kay, Eye, Ti, Ey. KITA. Gedik tak? Memang mood nak gedik sekejap. Sebab semua amalan yang dicatat tu haa, tu untuk kita sebab kita ni "Mudah Lupa", kita ni bukannya berilmu sangat pun. Semua catatan tentang amalan kita tu haa, tu lah yang menjadi bukti nanti waktu Akhirat nanti kot kot kita ni dituduh berbuat maksit, lepastu kita pun berani lah jawab:
"Apa buktinya?!"
Tu haaaa, apa yang dicatat Raqib Atib. Itulah buktinya. Bukannya Allah tak tahu, tapi kita sendiri tu yang tidak tahu, atau kadang-kadang buat-buat tak tahu.
Samalah juga bagi para-para Daie yang harus melengkapkan Mutaba'ah Amal mereka itu. Prinsip dia sebenarnya sama lah juga, pada pendapat aku lah kan.
Dalam satu hari itu, kita buat amal, contohnya solat berjemaah, kemudian kita tanda dalam senarai Mutabaah Amal tu. Lepas tu kita muhasabah diri semula apabila kita tengok dan periksa semula apa yang telah kita amalkan sebelumnya. Dari situ kita boleh lihat apa yang telah kita lakukan selama tempoh waktu itu. Cukup ke Mutabaah Amal kita itu? Ataupun masih ada lagi lubang-lubang yang kosong boleh buat tanam pokok?
Bezanya dengan apa yang dicatat dalam catatan amalan itu, Mutabaah Amal ini kita boleh perbaiki diri selagi kita mampu dan ada waktu dan peluang untuk perbaiki diri. Tapi kalau sudah waktunya untuk periksa balik catatan amal yang dicatat Raqib Atib, dah tak ada masa dah nak periksa balik, muhasabah diri dan cuba meningkatkan lagi semangat dan amalan kita. Dah tak ada masa dah. Masa tu lah kita dapat balasannya, tak bukan?
Maka, Mutabaah Amal ini adalah peluang, peluang untuk aku, kau dan kalian untuk meningkatkan semangat dan memantapkan Iman dan melatih diri dan mendekatkan diri dengan Allah melakukan amalan-amalan dengan niat kerana Allah. Mutabaah Amal ini jugalah yang merupakan salah satu proses tarbiyah. Jangan lupaaaaa.
Tu haaaa. Sedarlah sendiri, wahai sendiri.

Wednesday, 20 July 2011
wants and needs.
Allohu ghoyatuna
Ar Rasulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina
Allah matlamat kami
Rasul itu ikutan kami
Al-Quran itu perlembagaan kami
Jihad jalan kami
Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami

Friday, 15 July 2011
Semua bermula dengan tarbiyyah.
Menurut video di atas, proses tarbiyah itu sangat penting. Kalau lihat sejarah perkembangan Islam sekali pun, memang kita boleh dapat simpulkan bahawa proses tarbiyah merupakan salah satu proses yang penting untuk membina ummah supaya dapat menubuhkan satu daulah di mana ada sistem khilafah yang mentadbir berdasarkan syariah Allah yang ada pada Al-quran dan Sunnah Nabi. Ini semua bertujuan adalah untuk menegakkan islam di muka bumi ini yang sudah lama dilupakan dan ditindas.
Hasil tarbiyah Rasulullah s.a.w. lah yang memunculkan tokoh-tokoh islam seperti Abu Bakar As-Siddiq, Mus'ab bin Umair, Zaid bin Harithah, Jaafar Abi Talib, Abdullah Rawwahah, Khalid Al-Walid, Umar Al-Khattab dan lain-lain lagi. Tokoh-tokoh seperti mereka inilah yang menjadi core group, yang betul-betul menjadi penegak agama Islam dan jikalau mereka dicampakkan di mana-mana pelusuk dunia, mereka tetap akan berdakwah.
Pada waktu wahyu pertama kali diturunkan dan disampaikan kepada Rasulullah oleh Malaikat Jibril, baginda terus menyampaikan (berdakwah) wahyu itu kepada empat orang yang mewakili golongan mereka masing-masing iaitu isteri Baginda sendiri Sayyidah Khadijah yang merupakan orang yang terawal dan wanita pertama yang memeluk agama Islam. Lagi tiga orang yang termasuk dalam orang-orang awal yang memeluk agama Islam adalah Zaid bin Harithah, iaitu orang suruhan Rasulullah sendiri yang kelak, baginda ambil dia menjadi anak angkatnya. Selain itu, Nabi menyeru juga kepada Ali bin Abi Talib, anak saudaranya yang pada waktu itu masih lagi kanak-kanak yang berada di bawah jagaan Rasulullah dan seterusnya, kawan paling rapat dengan baginda Abu Bakar As-Siddiq.
Nabi menyeru kat diaorang empat orang awal-awal ni bukan calang-calang orang pun. Dia bukan main menyeru diaorang macam tu je. Baginda pilih mereka ini kerana atas dasar mereka mempunyai perwatakan yang mencintai kebenaran dan kebaikan dan juga kerana mereka ini merupakan orang yang rapat dengan baginda. Tidak mustahil-lah kalau kita, yang memang ramai kawan, sudah tentulah ramai sahabat yang kita rasa rapat, kita tidak boleh menyeru kepada mereka, bukan?
Sudah tentulah kalau kita sayang orang-orang yang mempunyai talian hubungan dengan kita, walau nipis mana atau tebal mana pun ikatan itu, kita akan sedaya upaya untuk membantu dan mengajak dan menyeru mereka untuk ikut serta dengan apa yang kita lakukan kerana kita percaya apa kita lakukan ini adalah benar.
Lihat sahaja Abu Bakar As-Siddiq. Sejurus selepas dia memeluk agama Islam setelah didakwahkan oleh Rasulullah s.a.w., dia berjaya berdakwah dan mengajak sahabat-sahabat lain untuk berjumpa dengan Rasulullah lantas mengajak mereka masuk Islam dan percaya kepada yang Esa. Abu Bakar berjaya menarik Uthman bin Affan, Al-Zubair bin al-Awam al- Asadiyy, Abdul Rahman bin Auf al-Zuhri, Sa'd Ibn Abi Waqqas al-Zuhri, dan Talhah bin Abdullah al-Tayymi. Mereka ini lah antara sahabat-sahabt yang tidak lama kemudian menjadi antara tokoh-tokoh Islam yang termasyhur yang berjaya menyebarkan agama Islam hampir ke seluruh dunia setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.
Nak diceritakan di sini juga bahawa kalau nak bandingkan, misalnya Abu Bakar dengan Imam Shafiee, ilmu yang ada pada Abu Bakar ketika itu tidaklah setanding dengan ilmu yang ada pada Imam Shafiee contohnya tentang ilmu Fiqh dan hukum-hukum Islam dan sebagainya. Yang ada hanya apa yang disampaikan kepadanya oleh Rasulullah setelah baginda mendapat wahyu pertama dan kedua. Belum lagi turunnya ayat-ayat tentang syariah Islam pada ketika itu. Namun dia berjaya berdakwah dan menarik seramai lima orang untuk ikut dia berjumpa dengan Rasulullah.
Ternyata di sini, dakwah itu juga penting, walaupun proses tarbiyyah kita tidak cukup, atau ilmu yang ada pada kita tidak cukup. Tidak boleh menjadi alasan bahawa, kita tidak boleh berdakwah sebab ilmu tidak cukup, tidak mampu sedangkan pada waktu itu, Rasulullah hanya menyampaikan seruan ucapan dua kalimah Syahadah sahaja, belum lagi ada solat fardhu semua itu, dan Rasulullah mampu, Abu Bakar pun mampu menarik sahabat-sahabat yang lain.
Hatta, nak ditekankan di sini juga bahawa walaupun kita ini tidaklah sehebat mana, namun kita haruslah bergerak. Bergerak di sini bererti berdakwah, mengajak semua untuk kembali kepada Islam yang sebenar dan tinggalkan jahiliyyah. Di samping itu, proses tarbiyyah itu berjalan juga, tidak ditinggalkan. Proses tarbiyyah itu membantu dalam memantapkan diri kita supaya lebih bersedia untuk mengharungi ujian-ujian dan musibah yang akan muncul dalam gerak kerja dakwah kita.
Mereka ini tokoh-tokoh yang terkenal dulunya mendapat tarbiyyah oleh Rasulullah sendiri, mengikuti liqo' secara rahsia pada waktu di Mekah semuanya di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam. Di rumah Al-arqam inilah Rasulullah mentarbiyahkan golongan As Sabiqun Al-Awallun sehingga mereka menjadi mukmin-mukmin yang beriman teguh dan mantap sehinggakan apabila mereka menyatakan keislaman mereka kepada penduduk Mekah, mereka berjaya mengharungi penyeksaan dan boikot selama 10 tahun yang amat memedihkan. Mereka tidak kisah langsung kepada penyiksaan itu, kerana, iman mereka sudah kuat, mereka memegang kuat kepada Dua kalimah Syahadah iaitu "Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah".
Jadi apa lagi yang kita tunggu-tungguka? Proses tarbiyah ini penting, tidakkah kita tiada cita-cita ingin menjadi orang yang menegakkan Islam di muka bumi ini? Tidakkah kita tiada perasaan mahu menjadi seperti tokoh-tokoh As sabiqun al-Awallun itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan agama Allah, demi mengajak manusia kepada Haq, yang benar.Tidakkah kita mahu Islam ini berdiri dengan tersergam indahnya di mata dunia, bukan seperti zaman sekarang di mana ramai umat Islam ditindas. Semuanya bermula dengan tarbiyyah.
Apa lagi, jomlah usrah.
Rujukan:
1. Al-Raheeq Al-Makhtum, Syeikh Sofiyyur-Rahman al-Mubarakfuri, Penterjemah Al-Ustaz Mohd Darus Senawi, versi 1.0 (Nov 2010), Pustaka BUKUPUTIHKITA.
2. Ini Sejarah Kita, Thoriq Achmad, versi 1.0 (Dec 2010) Alumni of International Muslim Students (AIMS), Pustaka BUKUPUTIHKITA.
Thursday, 14 July 2011
Selamat Pagi.
Tiba-tiba aku dapat deja vu hari ini, atau mungkin ia boleh dikategorikan sebagai flashback, tetapi bukan dalam bentuk memori visual mahupun memori audio, tetapi ia merupakan dalam bentuk memori sensorik iaitu memori perasaan dan feeling.
maka bila aku kata aku dapat deja vu tadi, maksud aku, tiba-tiba pagi tadi aku bangun, aku dapat rasa perasaan bahawa aku berada di rumah, aku tak pasti di rumah mana, tapi yang aku tahu perasaan di rumah yang membuatkan aku rasa macam aku safe and sound. Perasaan itu pernah aku rasai sebelum ini tetapi aku lupa bila.
Anyhoo, i am just trying to write this down because there's something scaring me today, because i had a dream or a premonition or whatever. I'm just afraid to admit it bluntly here and tell you because it's really freaking me out more the more i write and think about it.
I just want to say, please to all those who've met me albeit for a short period or a for a long time, to those who know me albeit closely and intimately or just on the surface, to those of my family, relatives, friends, colleagues, and those not categorized, i implore you to forgive me if even in a brief moment i've made you felt bad. Please forgive me the best you can, i am trying to turn a new leaf and in order to do that, i need your forgiveness as well as your support.
And i'd just like to say i really love you all and i really care, eventhough most of the time i do not show it. If i'd be given the time, i'd share my time with all of those whom i care of. that is all i would like to do. I would like to share with you the epiphany that i have experienced and i wish and pray and hope that you all would experience it too. If, for a momemnt i do not have that ooportunity to share it with you, i leave this blog, a platform for me to share so far what i have learnt, what i believe in and what i wish and hope that it can change the world so that we can grasp Jannah. InsyaAllah.
Gambar banyak lagi, tidak sempat untuk diupload. Nanti-nanti lah ye.

Tuesday, 12 July 2011
Sesuatu yang tidak dijangka.
Bukan nak cerita ini nak menunjukkan aku ini feeling gila tetapi hanya sekadar aku nak share apa aku rasa.
Entah bagaimana sewaktu aku meneliti dan mendalami semula kisah sirah nabi, terutama pada waktu perjanjian hudaibiyah pertama, aku rasa marah gila. Kemudian aku mendalami lagi kisah-kisah di sebalik perjanjian itu, aku rasa sedih, Kemudian aku mendalami lagi kisah-kisah yang menjadi rentetan dari perjanjian itu aku rasa puas pula.
Makanya memang aku tidak fokus langsung satu kuliah tentang pencernaan di hati dan usus kecil tadi gara-gara tak ada mood nak belajar, lantas aku buka buku sirah dan hilang rasa mengantuk aku.
Benda macam ini, di sekolah tidak dapat aku lalui. Dulu belajar pasal perjanjian hudaibiyah sewaktu kelas pendidikan islam, tak adalah sampai naik bulu roma macam tadi. Tak adalah sampai boleh rasa naik turunnya emosi seakan-akan aku yang melalui apa yang umat terdahulu telah lalui. Tak adalah sampai aku rasa bermakna sangat perjanjian itu dan terdapatnya hikmah-hikmah di sebalik perjanjian itu.
Benda macam ini kita tak boleh nak dapat sangat di sekolah. Melainkan kita sendiri pergi ke pelajar-pelajar sekolah dan dekati mereka dan ceritakan kepada mereka. Hmmmm. macam mana lah ek.

Sedekah bagi setiap ruas tulang.
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,
Setiap ruas tulang manusia wajib dikeluarkan sedekahnya setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, menolong seseorang dengan membantunya menaiki kenderaan atau mengangkatkan barangnya ke atas kenderaan adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah kakimu untuk mengerjakan solah adalah sedekah, dan menyingkirkan rintangan di tengah jalan adalah sedekah. (HR Bukhari dan Muslim)
Sumber: Hadis Ke - 26, Hadis Arba'in An-Nawawiyah, Imam An-Nawawi.
Friday, 8 July 2011
Sila hubungi pihak berkuasa segera.
Suspek pertama |
Senin, Jakarta- Kes kecurian empedu ijo dari lab biokimia Universitas Kristen Krida Wacana(Ukrida). Suspek diduga mencuri satu botol air empedu pekat dan digunakan untuk buat air minum pada salah satu jamuan yang disertai pelajar-pelajar Ukrida. khususnya angkatan 2010 anak-anak Malaysia.
Suspek kedua |
Suspek diduga tidak bertindak seorang diri. Menurut pihak polisi yang telah melaksanakan penyiasatan, terdapat beberapa bahan-bahan bukti yang menunjukkan bahwa ada suspek kedua. Buat masa ini suspek kedua itu tidak lagi diketahui nama sebenarnya, cuman yang sudah diketahui adalah suspek kedua berada dibawah alias Elizabeth Alison Lartner.
Dapat dilihat dari gambar-gambar bukti ini bahwa kedua-dua suspek memakai pakaian berwarna merah. Ini adalah untuk melambangkan sindiket mereka yang sudah lama ditubuhkan. Silahkan berhati-hati dan jangan memakai baju warna merah.
Jika sesiapa terdapat beberapa informasi yang bisa membantu, silahkan hubungi nomor berikut, nol koma nol nol delapan delapan tujuh enam delan lima nol nol. - BERNAMA.
Thursday, 7 July 2011
First time in a long time
For the first time in a very-very long time, i am enjoying myself to a cup of hot noodle. Fast, cheap and easy. Mmmmmmm
At the same time, i am enjoying myself to a trilogy of Lord Of The Rings.
Two things i haven't enjoyed doing in a long time.

Under the radar.
Salah satu daripada sunnah Nabi adalah sebelum tidur, kita muhasabah diri dahulu terutamanya mengingatkan diri kita apa yang telah kita lakukan satu hari suntuk waktu sebelum kita tidur itu. Adakah kita telah banyak berdosa atau adakah kita telah banyak mengingatkan diri pada yang Esa. Itu adalah salah satu ikutan yang sebaik-baiknya kita teladani kerana ada kelebihannya muhasabah diri (self-reflection).
Tetapi aku ini kadang-kadang muhasabah diri pada waktu yang memang pelik sekali. Tadi sewaktu aku tengah bersemangat gosok-gosok baju cuci baju dalam tandas, sambil berfikir tentang perasaan aku hari ini dan apa sebab akibatnya, aku teringat pada suatu peristiwa aku pagi tadi di kampus.
Namun, sebelum aku cerita apa yang terjadi pada diri aku di kampus pagi hari, aku rasa aku perlu ceritakan dahulu serba sedikit latar belakang cerita utama aku itu supaya senang lagi untuk mendalami apa yang aku lalui. Supaya ada "feeling sikit" bak kata orang.
Satu minggu ini merupakan satu minggu yang amat kelam kabut dan stressful bagi aku. Bermulanya dengan satu insiden di mana aku perlu pergi ke suatu program yang pada mulanya memang aku berniat nak pergi dan sertai tetapi atas sebab tidak mendapat sambutan dari orang lain, membuatkan aku tidak mahu ikut. Namun, aku dapat tahu bahawa aku diminta untuk pergi supaya meramaikan penyertaan dan juga untuk mewakili beberapa orang seperjuangan supaya tidak menunjukkan bahawa kami adalah angkatan yang tidak aktif atau tidak berkerjasama.
Atas sebab itu juga aku diminta untuk mencari orang, menarik orang untuk mencukupkan penyertaan. Maka aku kenalah mencari dan beg beberapa orang supaya ikut serta, sampaikan aku berasa bersalah dia ikut kerana pada waktu program itu berjalan, dia masam muka sahaja. Itu pun buatlah aku rasa down, rasa macam aku ini bersalah sahaja. tapi tidaklah down sangat kot, cuma sedikit je lah.
Keadaan di sekeliling aku pula memang menjadi semakin teregang gara-gara aku rasa stress dengan manusia lain. Faktor-faktor extrinsic berlanggar dengan faktor-faktor intrinsic membuatkan emosi aku tidak seimbang sehinggakan benda-benda kecil dan juga benda-benda yang sudah berlalu membuatkan aku rasa seperti in the mood nak marah orang sepanjang waktu.
Tambahan pula dengan power struggle yang sedang berjalan dengan yang seantero dengan aku dan yang diminta untuk menampilkan diri adalah aku juga walhal aku sudah memaklumkan bahawa aku tidak mahu dan tidak rela untuk memegang tanggungjawab yang semakin lama semakin bertambah. Aku tidak cukup tangan dah sebenarnya, ada dua sahaja.
Tak lupa juga yang aku dapat tahu sehari sebelum ujian remedial dijalankan, keputusan ujian aku tidak memberangsangkan, yang menambahkan lagi stress pada meter stress aku. Padahal menurut pendapat aku, senang ataupun, boleh tahan je soalan-soalan ujian yang lepas itu. Namun ternyata tidaklah sebegitu, sehinggakan aku terpaksa lah ambil ujian remedial supaya keputusan itu boleh diubah, insyaAllah.
Tapi sebenarnya tidak lah stress sangat, atau maksud aku aku rasanya tidaklah menunjukkan sangat bahawa aku ini dalam keadaan yang tertekan sangat. Aku kira, aku selalu sahaja senyum, menunjukkan muka yang tenang dan santai. Walaupun sebenarnya dari dahulu lagi, orang kata muka aku tak boleh menipu, tapi entah aku rasa aku relaks sahaja.
Maka, sampailah waktu aku menceritakan tentang insiden yang terjadi pada aku pagi tadi di kampus. Insiden ini terjadi pada waktu aku sedang menjalani slot praktikum fisiologi ( practical physiology?). Lab untuk hari ini adalah bertujuan untuk melihat (investigate) bahan-bahan apa yang boleh berpengaruh terhadap kontraksi (pergerakan) usus dalam badan kita. Usus yang diguna pakai berasal daripada kelinci (arnab) yang comel-comel belaka.
Pada waktu praktikum inilah aku didekati seorang senior perempuan, yang dengan tiba-tiba mengatakan sesuatu yang membuat aku terkesima sekejap. Aku ingatkan dia tengah bad mood sebab dah lama dah aku perasan masa waktu praktikum dia muka masam. Aku fikir dia datang dekat aku ingatkan nak lepak-lepak release tension macam biasa. Ternyata aku yang pulang dengan wajah dalam keadaan binung. Background story tentang senior perempuan; dia seorang pelajar senior, tetapi dia terpaksa ulang semester, maka dia ulang semester bersamaan dengan angkatan aku dan kebetulan dia dimasukkan ke dalam kelompok aku dan dengan mudahnya aku ini dapat berbaik dengan dia sepanjang semester ini. Dia ulang semester, aku tak pasti dan tidak berani nak tanya, faham-faham sendiri.
Jadi, apa yang dia katakan kepada aku, out of the blue, dengan tidak semena-mena adalah ini:
Aku terkejut. Tiba-tiba dia cakap macam itu kepada aku, aku kira mungkin dia tengah bad mood gara-gara aku lihat raut wajah dia yang masam muka sepanjang praktikum. Namun, aku pun tak tahu nak jawab apa, aku berkatalah "Ooooh". Kemudian aku jawab:
Aku pun tak tahu kenapa aku cakap hadis tu, tapi itu je yang aku mampu nak beri respons kepada apa yang dia katakan kepada aku. Tetapi cerita ini bukan tentang respons aku itu pun. Sebenarnya tidak. Aku ingatkan juga dia mungkin tengah mengalami beberapa kejadian yang tidak enak bagi dia, dan dia memerlukan venting out, maka dia cakap macam tu kat aku. Aku terkejut tapi aku bersyukur dan suka jugaklah sebab dia berfikiran macam tu.
Kemudian, pada waktu aku dah sampai kat rumah petang-petang ketika membasuh baju di dalam tandas baru aku perasan apa makna tersiratnya. Barangkali.
Perhaps it is some mysterious way or whatever, of Allah and other people, reminding me of Allah. Pada waktu aku tengah down, rasa macam tak best je duduk sini, waktu itulah tiba-tiba orang lakukan something profound yang aku tak faham serta-merta kenapa.
Makanya, tadi masa aku tengah gosok baju pakai berus, tersenyum aku bila fikir pasal insidens hari ini. Aku ingin berterima kasih lah kat kakak senior tu yang memang buat aku rasa kembali pulih sedikit dari bad week aku. Sometimes, we need other people to remind us what is important, somebody that won't let us get drifted away.
but truth be told, i am in somewhat of a rut, at a dead end. I feel like giving up and doing nothing mostly. I don't know why, actually i do, but i won't say it here. But come to think of it, i realize how i am just complaining.

Seseorang itu padanya hati yang tidak tenang bisa tenang dengan hanya solat.
Aku terkejut. Tiba-tiba dia cakap macam itu kepada aku, aku kira mungkin dia tengah bad mood gara-gara aku lihat raut wajah dia yang masam muka sepanjang praktikum. Namun, aku pun tak tahu nak jawab apa, aku berkatalah "Ooooh". Kemudian aku jawab:
ada hadis yang cakap apabila dalam keadaan marah kita sebaiknya duduk, kemudian kalau masih marah, kita seharusnya baring, tapi kalau masih lagi marah, ambillah wudhu.
Aku pun tak tahu kenapa aku cakap hadis tu, tapi itu je yang aku mampu nak beri respons kepada apa yang dia katakan kepada aku. Tetapi cerita ini bukan tentang respons aku itu pun. Sebenarnya tidak. Aku ingatkan juga dia mungkin tengah mengalami beberapa kejadian yang tidak enak bagi dia, dan dia memerlukan venting out, maka dia cakap macam tu kat aku. Aku terkejut tapi aku bersyukur dan suka jugaklah sebab dia berfikiran macam tu.
Kemudian, pada waktu aku dah sampai kat rumah petang-petang ketika membasuh baju di dalam tandas baru aku perasan apa makna tersiratnya. Barangkali.
Perhaps it is some mysterious way or whatever, of Allah and other people, reminding me of Allah. Pada waktu aku tengah down, rasa macam tak best je duduk sini, waktu itulah tiba-tiba orang lakukan something profound yang aku tak faham serta-merta kenapa.
Makanya, tadi masa aku tengah gosok baju pakai berus, tersenyum aku bila fikir pasal insidens hari ini. Aku ingin berterima kasih lah kat kakak senior tu yang memang buat aku rasa kembali pulih sedikit dari bad week aku. Sometimes, we need other people to remind us what is important, somebody that won't let us get drifted away.
but truth be told, i am in somewhat of a rut, at a dead end. I feel like giving up and doing nothing mostly. I don't know why, actually i do, but i won't say it here. But come to think of it, i realize how i am just complaining.
Tuesday, 5 July 2011
Telinga berdarah.
Kadang-kadang dah muak dengar orang yang sama cakap, orang yang sama meleter, orang yang sama merungut. Telinga nak berdarah dah.
Cotton bud pulak dah nak habis.
Cotton bud pulak dah nak habis.
Iklan sekejap.
Mengambil masa untuk berehat seketika. Menenangkan minda, mengosongkan otak, mententeramkan jiwa, menyemarakkan semangat, mencari inspirasi, meliarkan imaginasi.
Rencana Ramadhan 2011
Entah tiba-tiba waktu selepas solat tadi, terilham aku untuk berniat nak ajak sahabat-sahabat bermalaman di masjid mana-mana waktu puasa nanti. Tiba-tiba rasa macam best pula kalau ajak kawan-kawan duduk kat masjid malam-malam waktu bulan ramadhan,lepas tu pagi-pagi qiamulail sama-sama dan sahur sama-sama.
Dari situlah terbentuknya ukhuwah yang betul-betul kerana Allah kan. Hmmmm.
Aku tak berapa reti sangat nak cerita pasal teknikal-teknikal tentang rukun-rukun puasa solat dan sebagainya. Bukan tak reti, cuma tak berapa minat. Aku lebih suka bercerita tentang perasaan dan emosi dan fikiran dan yang sewaktu dengannya.
Dan apa yang aku nak cerita kan disini adalah mengenai perasaan aku tentang bulan ramadhan yang penuh berkat ini.
Aku seorang yang memang individualistik, kot. Aku pun tak tahu lah sebenarnya personaliti aku ini macam mana sangat. Malas nak fikir. Tapi bagi aku, aku tahu aku yang jenis duduk dalam rumah, duduk dalam bilik. Sampaikan saudara-mara aku selalu panggil aku macam anak dara. Aku pun tak tahu lah macam mana boleh sampai jadi macam tu.
Aku jenis yang tidak bercakap banyak dengan keluarga, apatah lagi selalu duduk bersama mereka sewaktu di rumah. Tetapi yang istimewanya bulan ramadhan ini, it brings people together. Katakan, kita berpuasa, mestilah kena buka puasa, iftar. Dan bagi manusia, makan ini satu benda yang wajib, tak boleh tak ada dalam kehidupan seharian. Maka orang seperti aku ini yang memang lemah, mestilah tak sabar nak berbuka puasa, dan satu-satunya cara nak berbuka adalah makan masakan mak aku.
Memang tak ada masa lain lagi nak berbuka puasa kecuali pada waktu berbuka puasa. Tak boleh nak lari mana-mana, kalau selalunya apabila mak aku masak, aku tak makan bersama, kononnya "nak makan kejap lagi lah", tapi pada waktu berpuasa, tak boleh nak cakap "makan kejap lagi" ke apa. Memang waktu itu lah nak berbuka puasa. Maka nak tak nak, aku akan berbuka puasa, makan bersama keluarga. Ajaibnya, memang boleh rasa lah berkatnya berbuka puasa bersama keluarga. Perasaan ini tidak dapat aku rasai pada bulan-bulan lain kecuali bulan ramadhan sahaja.
Aku tak tahu nak ungkapkan perasaan itu macam mana tetapi memang sesuatu yang ajaib lah sehinggakan buat aku rasa rindu pada ramadhan dan tak sabar untuk ramadhan dan untuk berbuka puasa bersama keluarga, dan juga rakan-rakan. Memang Allah dah beri kelebihan pada bulan ramadhan itu satu bulan yang lebih best dari bulan lain.
Itu baru bersama keluarga. Kalau dengan rakan pun lagi best. Makan banyak-banyak, beramai-ramai. Memang itulah yang bagi kita kepuasan sebenarnya, bukan makanan yang kononnya mahal-nahal sangat. Tetapi masa yang diluangkan itu bersama siapa dan diluangkan untuk benda-benda bermanfaat. Itu baru berbuka puasa, kalau bersahut, tak payah cakap lah. Mesti ada wakil yang kena bangun awal lepas tu dia lah yang tukang kejutkan orang lain. Memori memori. hmmmm (sigh)
Entah tiba-tiba aku merapu pasal benda ini entahlah. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi yang aku tahu, aku ada banyak rencana untuk bulan ini, insyaAllah, aku berharap dapat aku laksanakan dengan niat yang betul. Harap-harap semua orang pun bergembira bulan ramadhan kembali bertemu kita. Sesuatu hadiah bagi kita sebenarnya.

Paksa rela.
Sesuatu yang memang tidak sedap di mata lebih-lebih lagi di hati.
Kena buat sesuatu benda itu dengan tidak ikhlas, dan terpaksa.
Kalau tak buat, tak ada orang lain nak buat. Kalau tak buat kena marah. Kalau tak buat, tak menunjukkan sifat memberi kerjasama. Kalau tak buat, kena pulau. Kalau tak buat kena pandang serong. Kalau tak buat ...
Dah muak dah aku dengar walhal orang lain tak buat apa-apa bersahaja, relaks, goyang kaki je. Beberapa orang lain pulak yang kena tamparan, kena menawarkan diri, menampilkan diri untuk mewakili.
Dunia memang tidak adil kan. Memilih.

Subscribe to:
Posts (Atom)