Thursday 4 November 2010

Late bloomer.

Tu lah, dulu masa dalam kelas, Ustazah ajar kat depan tak nak dengar betul-betul, main-main lah, bual-bual kosong lah duduk kat belakang tu. Inilah balasannya.

Memang aku sedar sekarang, memang aku rasa rindu dan menyesal tak tumpu perhatian betul-betul masa sekolah dulu. Tak pun, memang aku menyesal aku tak menghayati betul-betul apa aku pelajari, bukan setakat nak hafal-hafal dan ingat semata-mata untuk periksa. Sekarang dah tiba masanya, aku rasa nak je balik sekolah pinjam buku teks bukak balik. Aku rasa sangat malu dengan diri sendiri terutamanya, benda yang asas pun aku tak dapat nak master, apatah lagi kalau benda-benda yang dah advanced.

Sekarang ni tercetusnya semangat aku nak belajar balik benda yang basic tu semua gara-gara aku sedar aku memegang tanggungjawab yang besar. Kerana tanggungjawablah baru aku rasa ada inisiatif untuk belajar balik benda-benda ni. Kerana rasa tanggungjawablah aku rasa aku patut belajar supaya nanti aku tidak ketinggalan, tidak terpesong dan tidak menyesatkan. Tanggungjawab sebagai seorang bakal pemimpin negara(ye ke pemimpin?), tanggungjawab sebagai seorang bakal suami dan bapa, tanggungjawab sebagai seorang guru atau role model, tanggungjawab sebagai seorang sahabat, tanggungjawab sebagai seorag anak dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Itu baru kerana tanggungjawab, kalau kerana nak mendapatkan keredhaan Allah semata-mata? Haish, Aku kena lah ubahkan niat aku ni.

Ubah lah wahai Don Juan.

Tapi alhamdulillah, bukan sebab kerana itu sahaja, kerana aku ada dorongan, kerana aku ada sumber inspirasilah yang suntik aku untuk mulakan pengembaraan aku ini. Dan aku rasa tak baik aku dedahkan identiti dia kat sini. Cuma aku boleh cakap dan bagitahu, sebab dia lah juga, aku rasa bersemangat nak mendalami apa yang aku sekarang cuba nak mendalami. Dia lah inspirasi aku dan dia juga lah seorang yang aku rasa nak contohi. Sebabnya apabila aku tengok perilaku dia, dan perangai dia, walaupun sekejap je, aku rasa terpegun, dan entahlah nak cakap apa. Aku rasa inspired lah, pokoknya.

Dan alhamdulillah juga, aku sekarang istiqamah dalam apa yang aku lakukan. Moga-moga aku terus istiqamah. Bak kata kawan aku dulu, kalau baca Al-Quran tu, tak kisah lah satu muka surat je satu hari, tapi asalkan konsisten, enaklah begitu.

Mungkin juga sebab persekitaran yang kondusif atau tidak kondusif yang mendorong aku untuk mula mendalami apa yang aku nak dalami sekarang ini. Nak kata kondusif tu, tak ada lah sangat, banyak je benda yang boleh menguji keimanan aku ini yang dalam lingkungan sekitar aku. Tapi kalau nak kata tak kondusif pun, orang kata kat sini banyak yang boleh diperolehi, provided that you look for it.

Kalau aku muhasabah diri lagi, banyak lagi yang aku boleh perbaiki. Banyak lagi yang aku buat harus ditinggalkan. Dan banyak lagi yang aku boleh pelajari supaya aku tidak daif seperti dahulu yang memang tak nak ambil tahu. Memang aku menyesal dulu aku tak berminat nak mendalami semua ini, tetapi alhamdulillah kesedaran itu timbul lah juga, dan bukan setakat sedar sahaja, tetapi insiatif tu pun ada. Aku bersyukur. Aku sedar, umur aku ni sekarang dah tua, tapi baru sekarang nak mendalami sedangkan sepatutnya kecil-kecil lagi aku dah master benda-benda simple. Mungkin betul, tetapi aku tak salahkan sesiapa. Apa yang harus aku tumpukan sekarang adalah pada prioriti utama. The rest are just details.

Kalau aku fikir balik pun, memang banyak salah aku pernah buat. Aku mengaku. Sekarang aku tengah cuba sedaya upaya nak belajar daripada kesalahan itu dan juga memperbetulkan jika kesalahan itu timbul lagi pada masa akan datang sama ada dalam diri aku ataupun pada orang sekeliling. Aku sedar dulu perkara-perkara yang aku lakukan memang perkara yang macam tak ada meaning, macam tak bermakna, tak berpahala. Semuanya duniawi semata-mata. Kadang-kadang kalau aku betul-betul fikir balik, aku rasa takut, banyak dosa aku dah buat dan aku takut iman aku tergugat. Aku doa-doakan iman aku stabil. Aku doa-doa nanti aku masih dalam iman lebih-lebih lagi waktu sekarang ni yang agak kelam kabut, kan?

"Wahai orang-orang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah mati kecuali dalam keadaan muslim." (3:102)

1 comment:

  1. betol la wan...
    susah tu nak ubah diri sendiri... attitude senang ke nak ubah???

    baru aku pikir.... banyak jugak aku bwat salah... huh... bile nak mintak maaf ea??? dah la tu... salah ngan sape pon aku tak perasan...

    lately, post awan banyak pulak selit hadis... wahh... nape aku mcm tak pernah tau pasal hadis2 ko bg nie.. jahilnyer...

    ReplyDelete